Assalamualaikum...
Arini nak sembang sembang tentang DARAH..
 
 
 Jom kite cekidout.. kite ni kategori yang mane..
saya adalah DARAH B..andaa pulakk?? 
** sila jgn pitam kalo bace karangan yang panjang lebauu nih..hihi...sharing is caring mehh!!
 
 SIFAT DALAM DARAH 
 
 Darah A hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah A d...an AB dan menerima darah A dan O sahaja.
 Darah B hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah B dan AB dan menerima darah B dan O sahaja.
 Darah AB dikenali sebagai Penerima Universal kerana dapat menerima darah A, B, AB dan O.
 Darah O dikenali sebagai Penderma Universal kerana dapat menderma ke semua jenis darah A, B, AB dan O.
 
 Jenis darah dan mengenali keperibadian
 
 Golongan darah ternyata menentukan cara orang berpikir, berucap dan 
bertindak. Hal ini terutama diyakini oleh orang-orang Jepun secara lebih
 terperinci. Praktik pemilihan golongan darah ini dilakukan oleh mereka 
pada saat akan merekrut tenaga kerja untuk menentukan golongan 
profesional.
 
 Untuk jenis posisi tertentu, jenis golongan darah 
yang diperlukan akan berbeza dengan untuk posisi lainnya. Kerana menurut
 keyakinan orang Jepun, tidak semua golongan darah dapat bekerja sama 
baiknya di semua posisi. Furukawa Takeji yang pertama kali meneliti dan 
menyatakan bahwa golongan darah seseorang akan mempengaruhi keperibadian
 dan karakter orang tersebut secara langsung .
 
 DARAH A
 
 Ketika kecil, orang yang berdarah jenis A biasanya suka bercampur gaul 
dengan orang lasak. Selepas memperolehi sesuatu pekerjaan dan kaya 
dengan pengalaman hidup, orang seperti ini dapat mengawal perasaan 
sendiri dan lebih bersifat matang. Bagaimanapun, ketika tua kelak, orang
 yang berdarah jenis A ini akan menunjukkan sikap yang degil dan keras 
kepala.
 
 Biasanya orannya serius dan penyabar, tegas dan dapat 
dipercayai, berfikir secara menyeluruh, konsisten, keras kepala. Orang 
golongan darah A ini biasanya suka menyendiri kerana memiliki idealisme .
 
 Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidupnya. Anda 
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan juga gemar melibatkan
 diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu 
disekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk 
bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang
 ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam 
kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau 
bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja 
sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus 
ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka 
dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.
 
 Cara Berkomunikasi dengan Orang Bergolongan Darah A
 
 * Jangan mengangkat topik yang konfrontatif, misalnya, topik 
kontroversial kerana mereka orang yang tidak suka membuat konfrontasi 
dengan lawan bicara.
 * Gunakan kata-kata yang relatif sopan kerana 
mereka sangat sensitif dan terkadang konservatif sehingga kata-kata yang
 tidak sesuai dengan standard kesopanan minimal akan dapat menyinggung 
mereka.
 * Jika menjawab usahakan dengan lengkap dan bermakna kerana 
mereka adalah orang yang sangat sempurna dan kurang menyukai hal yang 
setengah-setengah.
 * Mintalah pandangan dan pendapat mereka kerana 
mereka sangat kreatif untuk hal ini dan dengarkan dengan saksama ketika 
mereka menjelaskan.
 * Jangan melebihi mereka saat menyampaikan 
sesuatu. Maksudnya, jangan sampai mereka merasa dilampaui dalam hal 
kepintaran dan pengalaman, misalnya.
 * Hargai mereka dengan memuji seperlunya kerana pujian yang berlebihan akan membuat mereka ragu dengan ketulusan si pemuji.
 
 DARAH B
 
 Bagi berdarah jenis B pula, mereka dapat melalui zaman kanak2 yang 
cukup bahagia dan seronok. Apabila meningkat dewasa, orang yang berdarah
 jenis B ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu,
 jenis suka berterus terang dan satu lagi jenis, lebih suka memencilkan 
diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang ramai. Orang yang 
berdarah jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara daripada 
usia kanak2 hingga tua. Ini bererti, walaupun usia semakin meningkat, 
namun mereka kelihatan masih berjiwa muda.
 
 Biasanya berkarakter
 ingin tahu, memilik banyak ketertarikan di pelbagai bidang, semangat 
biasanya cepat naik tetapi juga cepat padam, selalu ingin menjadi orang 
yang superior dan diperhatikan dari orang lain.
 
 Simple! Itulah 
ungkapan yang paling tepat untuk anda . Anda lebih selesa dengan 
kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu 
jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam 
melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar 
melaksanakannya denga cara anda sendiri. Anda adalah individu yang 
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri 
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda 
adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang 
gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu 
mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan 
kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua 
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
 
 Cara Berkomunikasi dengan Orang Bergolongan Darah B
 
 Ada karakter ada gaya. Orang bergolongan darah B memiliki karakter yang
 berbeza dengan mereka yang bergolongan darah A. Mereka lebih praktis, 
egois, kreatif, optimis dan bebas dalam berfikir. Mereka juga memiliki 
kecenderungan mengerjakan segala sesuatu secara individual. Oleh karena 
itu, di Jepun, untuk membentuk sebuah kumpulan yang kuat sehingga motto 
yang digagas John C. Maxwell: teamwork makes the dream work benar-benar 
menjadi kenyataan, orang golongan darah B ini biasanya kurang 
dilibatkan.
 
 Untuk lebih jelas, gaya komunikasi dengan orang bergolongan darah B berikut dapat dijadikan pedoman:
 
 ” Mulailah pembicaraan dengan runtun, jangan melompat-lompat kerana mereka kurang menyukai hal-hal yang tidak teratur.
 ” Jangan memulai pembicaraan tanpa mengakhirinya.
 ” Gunakan data-data tepat, bukan rekaan.
 ” Jika mengajak kerjasama, pastikan bahwa mereka bersedia.
 ” Berbicaralah kepada otaknya bukan hatinya. Gunakan lebih banyak fakta rasional daripada sosial.
 ” Jangan menggunakan gaya bicara yang terburu-buru.
 
 Orang dengan golongan darah B lebih suka mendengarkan uraian rinci dan 
runtun. Mereka suka ada awal dan akhir dari sebuah percakapan. Kerana 
mereka sangat prihatin dengan apa yang telah dimulai untuk dapat 
diakhiri. Mereka tidak suka orang yang berbicara secara tidak jelas dan 
tanpa pertimbangan rasional kerana mereka lebih menggunakan logik  
daripada perasaannya.
 
 DARAH AB
 
 Manakala bagi orang 
yang berdarah jenis AB pula, mereka dilihat takut pada orang asing 
semasa kecil dan tidak suka bercakap. Tetapi sikapnya berubah dengan 
ketara apabila suka berkawan dengan ramai orang dan gemar melalui 
pergaulan yang bebas. Orang yang berdarah jenis AB bersikap optimis dan 
mudah berpuashati. Bersikap sombong dan tidak mahu dengar nasihat orang 
lain ketika tua.
 
 Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah 
keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong 
dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati 
orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda 
berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap 
humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan 
ceria. Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda 
itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. 
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
 
 Biasanya memiliki perasaan yang sensitif, memilik perhatian terhadap 
sesamanya, jiwa sosial yang tinggi, terkadang suka memaksakan diri 
sendiri dalam mencapai sesuatu,orang yang memiliki golongan darah AB 
biasanya berfikir serius dalam menghadapi permasalahan.
 
 Gaya Komunikasi dengan Orang Bergolongan Darah AB
 
 Dengan karakter yang mudah berubah-ubah tergantung keadaan mood 
tertentu, orang-orang dengan golongan darah AB tentu masih dapat diambil
 ‘hatinya’ ketika kita berkomunikasi dengan mereka agar mencapai tujuan 
yang ingin kita raih. Gaya komunikasi yang perlu diterapkan adalah 
seperti tersebut di bawah ini:
 
 * Pertama-tama, ikuti dulu alur pembicaraan mereka.
 * Selanjutnya, berbicaralah secara tegas kerana mereka mudah berubah-ubah.
 * Bicaralah tentang seni dan metafisika untuk memulai percakapan yang lebih panjang jika hal itu diinginkan.
 * Jika membuat janji, pastikan mereka memahaminya dan setuju.
 * Jangan ambil keputusan sepihak kerana mereka termasuk orang yang suka
 menentukan sebuah keputusan secara sepihak. Diskusikanlah dengan 
sinergis.
 * Jangan terlalu banyak mengumbar kata dan janji kerana 
mereka sulit mengingat, apa lagi menjalankan kewajiban yang semakin 
banyak.
 
 Orang dengan golongan darah ini memang sedikit kurang 
beruntung di Jepun kerana dianggap yang paling lemah dan tidak dapat 
dipercayai. Namun, hal ini tentu sangat kasuistis dan geografis. Hanya 
saja, dengan memahami karakteristik orang dengan golongan darah ini, 
banyak hal yang dapat dilakukan untuk tidak menuai kekecewaan nantinya 
di kemudian hari jika ternyata karakter itu benar adanya. Dan bagi 
mereka dengan golongan darah AB tentu dapat melakukan introspeksi diri 
untuk memperbaiki hal-hal negatif yang benar sesuai dengan penjelasan di
 atas.
 
 DARAH  O
 
 Selalu ikut nasihat ketika zaman 
kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah jenis O. 
Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan 
kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang 
lain. Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa 
dan berpengaruh. Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya
 tidak sombong dan patuh pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras 
semasa tua.
 
 Individu yang memiliki jenis darah dari kategori 
ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin 
terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari 
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa 
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja 
berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk 
mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya 
kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu 
juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan 
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih 
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
 
 Orang ini biasanya memiliki sifat sosial yang cukup tinggi, mudah 
bersosialisasi dengan orang lain, pintar menutupi sesuatu, biasanya 
orang ini terlihat tidak pernah memiliki masalah, orang ini biasanya 
sabar dan baik hati.
 
 Gaya Komunikasi dengan Orang Bergolongan Darah O
 
 Ketika berhadapan dengan orang bergolongan darah O yang penuh semangat 
dan percaya diri, terus terang, optimistis, terkadang egois dan kreatif,
 hal-hal berikut dapat dijadikan pedoman:
 
 * Berbicaralah dengan
 semangat dan penuh vitalitas. Kerana mereka kurang menyukai orang-orang
 yang terkesan lemah, letih, lesu, lemas, letoy, dan loyo yang dianggap 
tidak dapat mengikuti rentak mereka yang penuh dengan energi.
 * 
Jangan gunakan kata-kata negatif dan pesimis kerana kelompok kata itu 
tidak terdapat dalam kamus mereka yang penuh dengan semangat positif dan
 optimis.
 * Ketika mengikat sebuah kontrak, pastikan dengan tegas 
bahwa mereka komit dengan apa yang telah disepakati dan dapat 
bertanggung jawab atas penyelesaiannya.
 * Berkatalah dengan jujur 
kerana mereka juga demikian adanya. Sekali kebohongan terbongkar, mereka
 tidak akan percaya lagi pada lain kesempatan.
 * Tunjukkan bahasa tubuh yang penuh keceriaan dan semangat.
 
 Orang dengan golongan darah O paling suka berkomunikasi dengan mereka 
yang penuh semangat. Orang-orang yang tidak memiliki semangat hidup yang
 baik sulit menjadi teman dekat orang golongan ini. Kerana mereka selalu
 semangat sejalan dengan vitalitas yang mereka miliki. Mereka akan dapat
 berkomunikasi berjam-jam dengan orang yang cocok dan dapat mengikuti 
rentak bicara mereka yang sangat optimistis dan motivatif.
 
 
Sifat-sifat di atas tidak mutlak semuanya akan sama persis, sifat 
manusia juga dipengaruhi dari kromosom orang tuanya, kromosom adalah 
pembawa sifat keturunan, ini juga mempengaruhi karakteristik seseorang, 
tidak dapat disimpulkan 100% hanya dari golongan darah saja.
 
 DIET MENGIKUT JENIS DARAH
 
 Diet untuk golongan darah A :
 
 Untuk orang yang memiliki golongan darah A biasanya memiliki masalah 
cepat marah, penyakit jantung, kanser dan obesiti, oleh kerana itu 
asupan makanan untuk orang yang memiliki golongan darah A harus banyak 
mengkonsumsi makanan berkabohidrat tinggi dan mengurangi lemak.
 
 Diet untuk golongan darah B :
 
 Golonagn darah B biasanya memiliki masalah kesihatan yang berhubungan 
dengan kerosakan sistem saraf, insomnia, sakit kepala, penyakit hati, 
masalah haid, sakit tulang belakang, obesiti dan jantung oleh kerana itu
 penderita golongan darah B harus diet susu dan menghindari makanan yang
 berbahan dasar itik, ayam dan daging-dagingan yang lain.
 
 Diet untuk golongan darah AB :
 
 Biasanya memiliki masalah kesihatan dalam saluran darah, obesiti, 
kanser, insomnia, sakit sendi dan tulang . Oleh kerana itu disarankan 
banyak mengkonsumsi ikan sardin, tuna, susu kambing, putih telur hindari
 makanan seperti daging lembu, ayam, itik dan daging, ais krim, kacang 
hitam, jagung dan minuman beralkohol.
 
 Diet untuk golongan darah O :
 
 Untuk golongan ini harus mengkonsumsi makanan tinggi protein dan 
mengurangi karbohidrat kerana Golongan darah O ini biasanya memiliki 
masalah untuk penyakit kencing manis, masalah usus, pencernaan, 
peredaran darah kurang baik, kadar kolesterol tinggi, penyakit jantung, 
kanser dan penyumbatan arteri.
ok, thx sebb sudi bace smpai pitam eyh smpai abis ke bawah..tahniahh..anda telah dpt info baru..
 
Yours Truly ;P

0 Comments