Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

lazada april

Lazada Malaysia

Tuesday, May 19, 2015

Pengumuman Sepetang Bersama Blogger &YEOS 2015

 Assalamualaikum..
 
Sidang Media untuk Sepetang Bersama Blogger &YEOS 2015
Hotel Concorde, Shah Alam
19 Mei 2015
#SBBYEOS2015 #DenaihatiNetwork #BloggerEvent
 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Alhamdulillah sekali lagi pihak Denaihati Network Sdn Bhd akan menganjurkan majlis Sepetang Bersama Blogger untuk kali yang ke 4. Majlis yang pada mulanya diadakan untuk memberi peluang kepada para blogger untuk berkenalan antara satu sama lain dan bersua muka di alam nyata. Pada tahun ini, majlis SBB 2015 ini diadakan dengan kerjasama pihak Yeo’s Malaysia yang menjadi penaja utama . Pihak Yeo’s telah bersama-sama menjayakan majlis ini sejak tahun 2014.
Setakat ini, pihak The Sumbs, eQurban Resources Sdn Bhd, Jam Tawaf Denaihati, Karangkraf dan Perbadanan Putrajaya telah sudi untuk sama-sama menjayakan Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini. Sekiranya syarikat tuan puan ingin menaja majlis ini, boleh hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut.
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 akan membawakan sedikit kelainan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Pada tahun ini, majlis ini akan diadakan dengan aktiviti di luar dewan.
Acara akan diadakan di Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya pada 13 Jun 2015, bermula jam 8.00 pagi dan terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi untuk acara Blogger Treasure Hunt dan sesi petang acara Blogger Sharing Session.
Hashtag rasmi adalah #SBBYEOS2015 #DenaihatiNetwork #BloggerEvent.
Acara treasure hunt dengan pelbagai aktiviti menarik akan diadakan. Hadiah berjumlah tunai RM5000 akan disediakan untuk peserta yang menyertai treasure hunt ini. Selain itu, terdapat hadiah-hadiah lain seperti iPhone 6, Samsung Note Edge dan pelbagai lagi hadiah lain menanti para peserta yang menyertai SBBYEOS2015 pada tahun ini.
Pihak Yeo’s juga akan menganjurkan Yeo’s Sitkom Blog Kontes untuk memeriahkan majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015. Kontes yang menawarkan hadiah GoPro Hero 4 sebanyak 3 unit untuk 3 pemenang. Nantikan pengumuman kontes ini daripada pihak kami.
Pendaftaran untuk Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 akan dibuka mulai hari ini dan para peserta yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan melayari halaman rasmi SBB di www.sbb.my. Yuran sebanyak RM30 dikenakan kepada setiap peserta. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh ajukan kepada mana-mana team Denaihati atau email terus ke admin@denaihati.com
Terima kasih kami ucapkan kerana kesudian pihak tuan puan untuk menghadiri majlis sidang media pada kali ini. Semoga perjalanan majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 ini akan berjalan lancar.
 
Sekian, terima kasih,
Penyelaras SBBYEOS2015.


pssstt : Jom bloggerians semua kita bawak suami/isteri/anakanak memeriahkan SBB2015. Jumpa kat sana tau!
 
Gambar sekitar majlis :
 
 
Ucapan dari pihak penganjur, Denaihati
 
Our Main Sponser, YEOS Malaysia
 
 
Selesai majlis, muka tuan penganjur kite ade sinyumm..hehehe..
 
Penganjur bersama penaja-penaja..
wakil yeos dan wakil the Sumbs Cafe.
 
tuan belog bersama rakan media KarangKraf, Sinar Harian, dan wakil Yeos
 
live updet katenye..hehee..team denaihati.
 
Ladies Blogger..
 
tu diaa.. bak kata mia, empat tahun sekali baru jumpa..keh keh keh...
tapi 1st time jumpa norfa & hidayah..
iols pemalu orangnye..ececeeeee..
 
 
Semoga dipermudahkan segala urusan program #SBBYEOS2015
aminnnn..
 
takk sabarrr nak treasure hunt bersama bloggers
 
-mrspuex-
 

2 comments:

Amanda Suria said...

Bestnyaaaa.....akak dah daftar dh....x sabar nak jumpa semua....

sensasi2020 said...

Salam...ramai yang dah mula mendaftar. Yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya terjawab.