Apa Yang Best Kat Melaka?

Assalamualaikum..

Melaka ni pergilah banyak kali pun, tetaplah bestt!!
sebab apa?? sebab banyak bende yang kita boleh buat dan tempat yang boleh kita lawati.
Makanan pon semua best best terutama sekali trademark orang melaka iaitu asam pedas..

Kebetulan dapat join kursus ke Melaka selama 3 hari.
Maka, ada satu malam tu aktiviti bebas, teruslah aku dan roomate decide nak tour melaka. dapat la buat beberapa perkara  dari jam 8.30 malam sampailah dekat 2 pagi.. dasattt woooo..
 tengah tengah malam pon, bandar ni still hidupp...

Mungkin malam sabtu kot.. ke tiap tiap malam happening macam ni??
pergi buat servey sendiri yeee..heheheee...

Ok.

Jom tengok apa aktiviti 1 malam yang sempat aku dan partner in crime aku buat..

PERINGATAN : ENTRY YANG PANJANG. HARAP SABAR MEMBACA..HEHEHE..


Menginap di Hotel Avillion Legacy Melaka.

3 hari 2 malam, ni la tempat kami menginap..
overall, tempat yang unik dan design lebih kepada konsep vintage..
bilik pon not bad.
toilet pon not bad jugak
kebersihan pon not bad.
aku bagi 4 bintang..hhhehehee..

view from my room..

kad access.

ruang bilik yang luas.

toiletteries 

tandas. bersih. sebab tu aku snap..hehehe..

bathtab.. pon bersih.. 



 my roomate merangkap my partner in crime, saidatul a.k.a saira (*konon konon lambai tangan ala pwincess) kuiikuiikuiii...

paling best kat hotel ni, desert die memang superb!
makan desert pon dah kenyang..hahaha..

nahh pam lagi satu gambar..

 Melawat Jonker Walk.


bukti kitorang dah sampai..
sepanjang pegi melaka, tak pernah pon smpai sini..
terus cakap kt saira, kite pegi jonker walk dulu laa..
beliau pon, ON..wehuuuu...
Park kete kat sini dan kitorang terus jelajah sambil berjalan smpai la ke bandar hilir sana..
buang lemak secara tak sengaja kekdahnya..hahaha..
rasa betul betul macam pelancong.






 
bergamba sambil beramal dengan manusia nih..
rm2 sekali posing..bolehh laaa...

Hard Rock Cafe, Melaka.

tak masuk dalam sebab pack..
snap gamba then blah..hahahaha..
jadiklahh sebagai bukti. penting tuuu..

 Naik Beca di Bandar Hilir.


kami kanak kanak riang dapat naik beca..kah kah kahhh..

Kota A Famosa, Melaka.


masa sampai kat sini, (berjalan kaki dari jonker walk), konsert unesco baru je selesai..terlepas peluang nak tgk konsert tau..uhukk..
sebab tu jam 11 malam pon masih ramai orang kat area sini..
so bergambar lah kita bersama photobomb photobomb maknusia kat belakang nun..


  Kampung Morten, Melaka.


Kampung Morten yang terletak di tengah Bandaraya MelakaMalaysia, adalah satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka.
Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah dan banyak mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.
Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an.Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini , yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.





 Asam Pedas Claypot Kota Laksamana.



nikmatnyeee makan asam pedas daging tetel ni..
tempat lain aku tak makan daging tetel. hanya di melaka je bersungguh cari daging tetel tauu...

Dinner at 1.am in the morning..hahahaa..
still ramai giler orang datang sini padahal dah tgh malam nak membawak ke pagi..huhuhu..
tanjat perut memasing makan nasi pepagi bute..
gasakk!!
craving satisfied! 

    Boleh waze taip asam pedas claypot kota laksamana, then waze akan bawa anda ke sana..
    Address: 86, Jalan Laksamana 5, 75200 Melaka,
    Waktu Operasi : 5 petang - 5 pagi..

Lepas makan, lajuu lajuu balik ke hotel..
ape ape pun, memang puas hati sangat..
thanks saira for accompany me jelajah melaka di malam hari..

Sekian.
Thanks for reading.
entry kasi lamsam aktiviti 1 malam..malas nak buat entry part by part..memang 1 part jek la nanti..
kuiikuiikuiii...

-MrsPuex-


4 Comments

Anonymous said…
wow. best entry. thumb up to u babe :)
Zafirah Kama said…
Avillion memang best.. Melaka pun memang best.. hehe
PinKy MoMMa said…
ok nnt balik kg nak try asam pedas area sini..tqq suggestkan tempat ni hihi