Skip to main content

Best sangat ke Filem OLA BOLA tu??

Assalamualaikum..

Orang kata bestt cite OLA BOLA tu..

nak tau best ke idok, trus pegi terjah wayang.
kebetulan plak dpt tiket free daripada TGV..
gugel lokasi tgv paling dekat dgn ceras, maka ke Wangsa Walk Mall la kite..


selesai dah redeem..

muka eksaited nak tengok wayang walaupun tak tau apekah itu cite ola bola..
dorang ingatkan cite kartun..tapi kene tipu ngn mama..
hahahhaaa...kesiann... sori anak anak..
malam malam xde kartun yee...

while waiting for the show, kite pekene chatime dulu..
beli satu share bertiga.. barulah harmoni...

selfie gegelap dalam wayang..ade kami kisahh??

bagus adik nih..
time pemain jaringkan gol, dengan die skali jerit gollllll!! sekuat hati dalam wayang tuh..
haruuuu mama.. sib baik la gelap.. boleh jugak sorokkan muka..
haihh adik ni..kot ye pon eksaited, jgn lee jerit dlm wayang dik oii..
kelakarr okeh!


my review,
Hakak bagi 5 bintang untuk filem OLA BOLA ni..
hakak suka dengan semangat teamwork pemain bola nih..
sorang down, yang lain bagi full support..

lepas tu mcm2 rintangan dorang hadapi untuk menjadi seorang pemain bola..
ini adalah berdasarkan kisah benar..

sinopsis lain untuk OLA BOLA :
Kisah Ola Bola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80-an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.
Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.
Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia. 




i cover u.
kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama...

i love that spirit..

taukeh hensem, ali sweet, acai kelakarrr gilee..hahahaa...

tahniah untuk filem ini..

-MrsPuex-


Comments

Izwa Kamaruddin said…
syahmi bnyk kali ckp nak tgk citer nie...wajib bwk tgk la cannie
ASTraveller said…
hurmm not bad jugak sinopsis dia..

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P