Skip to main content

Percutian Best Di Kuala Terengganu

Assalamualaikum/Hai,

Image result for kuala terengganu
gambar dari Google
Kuala Terengganu mempunyai banyak tarikan tak kiralah bagi anda yang ingin bercuti bersama keluarga mahupun membeli belah barangan, makanan dan kraftangan di sini. Kuala Terengganu turut terkenal dengan pantai yang cantik dan bersih seperti Pantai batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang, Pantai Chendering dan banyak lagi. Terdapat banyak penginapan yang ada di sekitar Kuala Terengganu ini jadi anda tidak perlu risau jika perlu bermalam. Melalui Traveloka, anda dapat mendapatkan maklumat dan informasi tentang tempat-tempat penginapan di sekitar Kuala Terengganu dan dapat survey penginapan yang terbaik bagi anda. Anda boleh memilih sama ada mahukan bilik keluarga ataupun hanya bilik bujang.


Image result for kuala terengganu beach
Gambar dari Google.
Sebenarnya satu kelebihan bagi menempah hotel yang berada di tepi pantai. Bila dekat dengan pantai,bila-bila masa sahaja kita boleh pergi ke pantai untuk bermandi manda. Kalau pergi waktu pagi, ramai jugak yang berjoging dan bersiar-siar di tepi pantai sambil mandi manda. Tapi selalunya orang ramai pada waktu petang. Orang asing pun suka berjemur pada waktu petang. Dari sini kita boleh lihat orang bermain bola sepak pantai, bola tampar pantai, boleh cuba main jetski, banana boat dan macam macam lagi aktiviti yang sangat menarik untuk dicuba. Sekaligus dapat menghilangkan segala tekanan di luar dengan melihat keindahan pantai yang sangat cantik ini.

Image result for pasar payang terengganu
Gambar Dari Google
Selain pantai-pantai yang menarik, mesti anda mahu shopping kan? Banyak tempat anda boleh lawati di Kuala Terengganu ini contohnya Pasar Payang yang menjual produk-produk basah dan kering yang sinonim dengan Terengganu seperti kuih muih tradisional Terengganu, keropok keping, kerepek, ikan masin, periuk belanga, kain batik, sutera dan songket dengan harga yang murah. Kuala Terengganu juga tempat untuk hasilkan kain batik yang boleh anda lawati seperti Kompleks Kraf Noor Arfa. Di sini, anda dapat membuat corak batik anda sendiri dengan bantuan staf-staf kompleks ini dan akan menjadi produk ekslusif anda.
Tidak akan cukup masa untuk anda bersiar-siar di sini jika hanya bercuti satu hari. Jadi anda perlu bercuti lebih banyak hari untuk menikmati keindahan tarikan di Kuala Terengganu ini. setelah penat bersiar, mestilah penginapan yang selesa menjadi pilihan anda kan untuk melepaskan lelah. Banyak penginapan yang boleh pilih sesuai dengan pilihan anda. Traveloka menunjukkan carian yang mudah untuk anda pilih berdasarkan harga, rating ataupun jarak antara tempat pelancongan. Dengan adanya traveloka, percutian anda akan menjadi lebih menarik serta teratur.
Image result for masjid kristal terengganu
Gambar Dari Google.
Hotel-hotel sekitar Kuala Terengganu memberikan parking percuma kepada pengunjung hotel mereka dan ada antaranya menyediakan swimming pool bagi pengunjungnya melegakan tekanan. Bagi anda yang bercuti dengan keluarga pula, jangan risau. Kuala Terengganu turut terkenal dengan mercu tanda dan aktiviti berkeluarga seperti river cruise, melawat masjid terapung dan masjid putih yang menjadi tarikan utama pengunjung ke Kuala Terengganu, menaiki bas bersiar-siar di sekitar Kuala Terengganu dan melawat Pusat Sains Kreativiti Terengganu yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur.
Image result for kedai makan di terengganu
Gambar Dari Google
Bila dah berjalan-jalan, perut pun mesti lapar. Betul tak? Kedai makan dan restoran banyak di sini yang menyediakan makanan popular Terengganu dan pastinya menu wajib cuba anda adalah makanan laut yang segar kerana terletak dekat dengan laut. Jika anda malas hendak berjalan jauh, hotel dan tempat penginapan turut menyediakan tempat makan seperti café dan restoran di dalam kawasan hotel. Bilik-bilik berhawa dingin ini menyediakan kemudahan membuat teh dan kopi. Bar mini dan peralatan mandian juga disediakan. Bilik tertentu menawarkan pemandangan laut.Hotel ini mempunyai meja tempahan lawatan yang boleh membantu mengatur aktiviti bersiar-siar. Kemudahan lain yang disediakan termasuk kedai mudah beli dan bilik-bilik mesyuarat. 

Kuala Terengganu turut dikaitkan dengan keindahan sejarahnya yang boleh kita tahu dari Muzium Negeri Terengganu serta tinggalan-tinggalan kubu yang telah dibaik pulih dan dijadikan tempat pelancongan. Dengan semua tempat-tempat menarik yang terdapat di sini, Kuala Terengganu adalah tempat yang wajib anda lawati untuk bercuti ataupun adakan seminar. Traveloka akan mudahkan anda untuk mencari penginapan yang sesuai dan book hotel di Kuala Terengganu at Traveloka sekarang untuk dapatkan tawaran-tawaran harga yang menarik. Dengan internet bercuti menjadi lebih mudah.



 -MrsPuex-

Comments

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P