Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Monday, June 12, 2017

Salam Nuzul Quran

Assalamualaikum/Hai,

Nuzul Quran.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yg pertama kpd Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yg ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 drpd keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dgn tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kpd umat Islam terutamanya yg serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yg mula-mula diturunkan Allah kpd Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama drpd Surah Al-Alaq.




Image may contain: text

Saja share untuk refreshkan minda kita tentang peristiwa nuzul quran.
nanti kalau anak-anak tanya, korang dah boleh jawab dengan fakta..

jangan main sebattt je cakap..takk baikk..hehehe..

 -MrsPuex-

No comments: