Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Monday, July 3, 2017

Ramadhan Fest Meraikan 40 Anak Yatim dan Ibu Tunggal Di Black Box @ SACC Mall

Assalamualaikum/Hai,


Tahun ni rasa bertuah sangat sebab dapat bersama-sama berbuka puasa sekaligus meraikan 40 anak yatim dari sekolah rendah Ibn Khaldun dan ibu tunggal melalui program Ramadhan Fest yang bertempat di Black Box SACC Mall di minggu-minggu terakhir ramadhan haritu. Selain dapat berbuka puasa bersama-sama, beberapa acara lain diselitkan juga seperti pemberian cenderahati dan duit raya kepada anak-anak yatim.



Program Ramadhan Fest ini turut disertakan dengan perasmian dan penutupan Jameela Street By Jedan yang disempurnakan oleh Fakru Radzi selaku pemilik bangunan sekaligus memperkenalkan dan menaikkan nama ruang acara di SACC Mall iaitu Black Box yang diwujudkan oleh PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) bagi memberi ruang sewaan untuk pelbagai acara selain dapat memberikan ruang buat penggiat seni untuk menonjolkan bakat mereka.


Antara 23 jenama-jenama yang mewarnai Jameela Street termasuklah Ziana Zain World, Jannah by Jemari Kreatif, Iddyqa, Casa De Esilista, Tina K, Anis Al Idrus Wardrobe, Hijrah Couture, Wafa's Closet lain-lain lagi. Lebih daripada sekadar mengejar keuntungan semata-mata, PREC menggalas tanggungjawab sosial agar sama-sama memperkasakan usahawan lokal yang berani menyahut cabaran selain penglibatan dari artis tempatan seperti Ziana Zain dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Jameela Street.


Lagi satu, nak bagitau, kalau sesiapa yang sedang mencari ruang untuk apa-apa majlis seperti majlis resepsi bertunang, sesi penggambaran, perasmian produk, pelancaran produk baru , majlis hari jadi, bengkel atau lain-lain event, bolehlah try Black Box yang terletak di Tingkat 2 SACC Mall , Shah Alam dari serendah RM500 sehari. Tempat yang cozy, selesa dan yang paling penting senang nak cari.

bersama rakan blogger yang hadir.


Maklumat lanjut boleh refer details kat bawah :

Black Box SACC Mall, Shah Alam
Tel : 03-55104600 | 017-2747486(Nirwan) | 010-2252911 (Saidatul)

Jameela Street:
Tel : 019-6829476 (Arsyad) | 012-2728121 (Shahidan)

PKNS Real Estate Sdn Bhd :
Website : www.pknsre.com
Facebook : PKNS Real Estate Sdn Bhd- PREC


 -MrsPuex-

2 comments:

yanie yusuf said...

wah bestnya dapat raikin bersama anak2 kan.. tahun ni yanie dapat join skali je aktiviti raikan anak-anak yatim dan asnaf..Seronok tgk diorang penuh kegembiraan..

yanieyusuf.com

Latina Media Com said...

Alhamdulillah...