Mega Wedding Malaysia 3.0 - Meriahnya Majlis Perkahwinan Secara Beramai-Ramai

Assalamualaikum/Hai, 

Hari tu berkesempatan untuk hadir ke Mega Wedding Malaysia pada 12 Ogos yang lepas bertempat di Marina Putrajaya. Pertama kali melihat sendiri perkahwinan beramai-ramai . 

mega wedding_mrspuex
Tuan bleog bersama sebahagian dari rakan blogger yang turut hadir sama.
Mega Wedding Malaysia 3.0 kali ini menjadi hos kepada 10 pasangan pengantin yang telah memberi kepercayaan kepada syarikat perancang perkahwinan ini untuk melaksanakan acara yang gemilang mengikut lunas Islam. Perkahwinan beramai-ramai kini menjadi ‘trend’ kerana sebab-sebab yang munasabah, para pengantin dapat menjimat kos. Walaupun begitu, dengan anjuran Mega Wedding Malaysia, mereka akan melalui saat-saat yang indah yang meriah dengan bajet yang rendah. Dengan kos yang rendah, semuanya selesai dari sesi persolekan di Cruise Putrajaya, majlis pernikahan di Masjid Putrajaya hingga ke makan beradab dan majlis resepsi yang meriah di Marina Putrajaya.

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex
Majlis Pernikahan beramai-ramai dilaksanakan di Masjid Putrajaya.
Pada Mega Wedding Malaysia kali pertama dan kedua yang dianjurkan pada tahun 2016 dan 2017, ia menjadi ikutan dan pilihan bakal-bakal pengantin. “Kami sememangnya menyediakan yang terbaik bagi pasangan-pasangan ini. Walaupun dengan kos yang rendah, tiada apa kurang namun agak mewah. Lokasi pilihan kami pun indah dan amat menarik, tidak yang biasa,” kata En Azahari Azemi, penganjur Mega Wedding Malaysia.

Jom tengok barisan 10 pasangan pengantin yang bertuah pada hari tersebut. 

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

Para Pengantin keluar dari Cruise Tasik untuk berarak ke pelamin yang disediakan untuk upacara merenjis..
mega wedding_mrspuex
Pelamin yang disediakan untuk Para Pengantin.
Konsep persandingan pula bertemakan Perkahwinan Taman Di Tepi Tasik iaitu di Marina Putrajaya. Setiap pasangan dicaj hanya RM7,000.00 untuk pakej perkahwinan yang sungguh istimewa ini yang nilainya pasti akan mencecah angka yang lebih tinggi jika dilangsungkan secara persendirian. Tujuan utama Mega Wedding Malaysia ialah membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan tidak mudah dilupakan.

mega wedding_mrspuex
Makan Beradab.
Hidangan yang sedap menepati selera para pengunjung.

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex
Tak lengkap kalau tiada acara potong kek kan?
setiap pengantin disediakan kek untuk acara potong kek beramai-ramai.

Projek ini boleh dikatakan ‘bukan bermotifkan keuntungan’ dan merupakan ‘kesedaran’ dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibubapa pengantin yang  kurang mampu. Penganjur bersama acara ini ialah Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Catering Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya.

Pasangan pengantin mendapat pakej seperti dibawah dengan bayaran RM7,000.00
-200 pax jemputan untuk setiap pasangan
-Menu Katering istimewa
-Live show daripada band terpilih
-Deejay Jemputan dan PA System
-“Door Gift” untuk setiap tetamu
-Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
-Liputan khas daripada media
-Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
-Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
-Pelamin Eksklusif istimewa
-Pelamin Nikah di dalam Cruise
-Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
-Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
-Kek Kahwin untuk semua pasangan
-Penginapan Hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya (5 Bintang)

Senarai Penaja
1)       Ampire Events
2)       Eddie Photo Video
3)       Yann Rifft Team (Makeup)
4)       Coffee Corner Faizal Azzuuri
5)       Fynaz Wedding Favors
6)       Butik Norjuma
7)       Masjid Putra, Putrajaya
8)       Shangri-La Putrajaya
9)       Marina Putrajaya

10)    Cruise Tasik Putrajaya

mega wedding_mrspuex

Terima kasih pihak penganjur kerana sudi menjemput kami sekeluarga ke Majlis Perkahwinan beramai-ramai yang penuh gilang gemilang ni..
10 pengantin dalam masa yang sama ditambah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat untuk sama-sama meraikan hari bersejarah mereka..

Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah-Nya.
aminnn..



 -MrsPuex-

14 Comments

Shafyqah Azahar said…
bestnya ada majlis macam ni. murah pulak tu rm7000 dapat semua tu. berseri semua pengantin pengantin tu. semoga panjang jodoh dorang semua :)
Mahamahu said…
Wow wedding naik kapal bestnya heheheheh... Tapi nanti nak kahwin naik belon panas lak baru gempak hehehehe..
Unknown said…
qiss pun cari maklumat untuk majlis macam ni, tapi tak jumpa. terima kasih share.
Alia Farhan said…
Wowww...bgusnya buat mcm ni...jimat belanja pngantin2...
Ya lah skrg ni kan semua mahal2 belaka
Vieannie said…
Waa bestnya majlis kahwin bgni. Lebih meriah n jimat bajet..
Mawardi Yunus said…
memang murah dan jimat sangat kot. siap dapat naik cruise lagi tu ha.
Bro Framestone said…
Tertiba rasa macam nak kahwin lagi... Boleh kot guna pakej ini he...23x confirm masuk banyak blog muka Bro nanti
Hanny Abdullh said…
Wahhh bestnya..jimat sesgt. Tak payah nk buat majlis mahal2, yg penting perkahwinan tu halal..
HeNRieTTa JoSe said…
menarik dan meriahnya...btul2 jimat perbelanjaan....
Rawlins GLAM said…
Bagusnya kahwin begini. Senang dan memudahkan pasangan muda. Buat yang wajib je dulu kan. Tahniah semua.
Fiza Rahman said…
Meriahnya kahwin beramai-ramai macam ni. Harga pon murah. DAh boleh berjimat.
Hasif Hamsyari said…
Wahhh.. Haha. Mesti seronok kahwin beramai-ramai. Dengan konsep tepi tasik pulak tu! Kos kurang tapi lebih happening dan menarik! Nice!
Mek Onie said…
penah pegi tahun lepas,weeeeeee...tapi dia macam kelam kabut sikitkan bila di khemah family...