Skip to main content

Teruja Buat Treatment Opera Chomo Led Mask

Assalamualaikum/Hai,

Hari tu sempat pegi memanjakan diri kat salah satu spa di shah alam.
aku try sesuatu yang baru tau..

treatment CHOMO RED LED MASK
Rasanya jarang kita dengar treatment dengan menggunakan Chomo Red LED Mask ni kan??

Dah alang-alang saya cuba, meh saya cite serba sedikit kelebihan bila kita buat treatment ni.

ruang spa dan treatmeant di Cantik Persis Celebriti.
tenang dan rileks

Bagi yang ingin mencuba treatment Opera Chomo Led Mask ni, pakar terapi yang akan tentukan kulit kita bersesuaian dengan warna-warna di topeng.. Ada beberapa warna yang berbeza keperluannya mengikut keperluan kulit muka kita. Antaranya adalah :

biru - pulihkan jeragat
merah - parut / jeragat
putih - lancarkan peredaran darah
hijau - untuk kurangkan kedutan. sesuai untuk warga emas
ungu - untuk rileks / kurangkan stress
hijau cair - untuk hilangkan jerawat / untuk jerawat yang tak masak lagi
biru cair- untuk kulit yang elergik/ sensitif/ kering
kuning - antipenuaan









Untuk kulit saya yang agak berjerawat dan kusam, pakar terapi mencadangkan untuk saya menggunakan Opera Chomo Led Mask berwarna HIJAU. Terus saya bertukar kepada MAK KAU HIJAU hari tu..hahaha.. *kidding*.

Sebelum topeng dipasangkan ke muka saya, ada beberapa step yang perlu dibuat. muka akan dibersihkan terlebih dahulu. kemudian, muka akan disteamkan sebagai tujuan membuka liang-liang pori di muka kita .

proses membersihkan muka dilakukan beserta urutan manja oleh pakar terapi dari Cantik Persis Celebriti. Terasa seperti celebriti plak bila dilayan seperti ini.


Setelah selesai proses bersihkan muka dan steam muka, saya dipasangkan dengan Opera Chomo LED Mask berwarna hijau selama 20 minit. masa ni kita boleh rehat dan tido. Sesekali dapat rawatan lain dari yang lain buatkan diri kita begituu berharga okeh! dapatlah jugak 'ME TIME' untuk diri sendiri. Serius lama giler tak ke spa manjakan diri.. bizi dan kekangan masa pon ye jugak.
dan korang jangan risau, rawatan ini tak sakit tau.. tetiba ,dah siap 20 minit rawatan untuk Chomo LED Mask tu.

Antara kelebihan rawatan dengan menggunakan Opera Chomo Led Mask ini adalah :
- memutihkan dan menegangkan kulit muka
- mengurangkan minyak di muka
- mengurangkan kedutan di wajah
- membaik pulih masalah jerawat.

Kalau korang nak tau lagi, sekarang Cantik Persis Celebriti tengah buat promosi. Harga asal untuk rawatan Opera Chomo Led Mask ini adalah RM350.00, tapi sekarang hanya RM150.00 sahaja. apa tunggu lagi, pergi la try.. kompom memuaskan hati tau.. keseluruhan rawatan selama 2 jam.


Antara rawatan lain yang ditawarkan di Spa Cantik Persis Celebriti ni adalah :

- Spa Bridal
- Eyelash Extention
-Relaxing Full Body Massage
- Facial Treatment
- Berbekam
- waxing
- saloon

Untuk booking dan pertanyaan lanjut berkaitan spa yang anda ingin buat, boleh refer details seperti di bawah ini :

*whatsapps ONLY*
📲MIZZ FIZA 011-12825902
📲SIS INA 017-9391330
📲MIZZ NURIN 012-9409372
📲MIZZ LIESYA 018-3883747
☎️ *Untuk hubungi SALON : 03-55194159*

Alamat :

CELEBRITI SKIN EXPERT

No. 6A, 1 st floor, Jalan Kristal K7/K,

Seksyen 7, 40000 shah alam

Selangor.

Masa rawatan :
Buka setiap hari 11pagi - 8malam

Facebook :

Instagram : 




 -MrsPuex-

Comments

Nisa Kay said…
wahhh macam menarik je treatment ni. boleh la cuba... thank you sebab share!
Suria Amanda said…
Alaaa...rugi akak tarik diri ari tu..ada masalah x dapat dielakkan...nanti nak buat gak treatment ni..nak kena set time semula..
Wahh..sekali sekala buat treatment muka ni best juga kan .
Seronok bila pakai mask ni. Kalau ada masa, itu aktiviti paling best. pakai mask pastu urut pastu tido. Syahdu!
Menarik treatment ni cantik persis selebriti. Boleh cuba nanti
Beto Rahman said…
Nk biru dgn merah pls. 😂
Balqis Athirah said…
Lain daripada yang lain. Kita mungkin kena pakai warna ungu tapi seronok sebab boleh manjakan kulit dan ada ME TIME sendiri. Mesti lepas pakai tu muka jadi segar.
Mahagosip said…
Patut lah ramai blogger wanita sekarang dah jadi celebriti sebab pergi buat rawatan kat sini rupanya cantik persis celebrity hehehehe nak cuba lah mana tahu boleh hensem macak Aaron Aziz ker kita wakakakaka..
Alia Farhan said…
Wowwww...mcm best ja...ada warna2 pulak kan..mcm2 sekarang ni..siap duit je
Lia Hasty said…
Harga berbaloi RM150 untuk treatment macam ni. Lepas tu dapat cerahkan wajah dan buang minyak muka. terbaik.
Rafzan Tomomi said…
Bagus ada treatment macamni. harga pon not bad :)
Māmy Syu said…
Boleh tahan jugak harga rawatan persis celebrity ni ye.
Alahai..lamanya tak manjakan diri dan muka. Bila lah nak ada masa ni..huu~
Azlinda said…
terkujut mak, awa nk jadi mak kau hijau hehe. by the way, jelesnya awak dpt pi me time. Kita pun nak juga hehe
Azirahman said…
Wah bestnya. Bilalah boleh pergi meluangkan masa buat treatment macam ni.
Hanny Abdullh said…
Bestnya...lama betoi tak wat treatment, skrg tgok ramai pulak yg buat treatment cam gini. Boleh lah nanti sis cuba
Luqman Zakaria said…
Macam best jer..teringin pulak nak try..dah lama x manjakan muka hehehe
Izwa Kamaruddin said…
best nyer wakkk dapat pampred kan diri..spa bagai..syok oooo..
Rawlins GLAM said…
Wah. Ini lah rahsia kejelitaan dan keremajaan ye. Perlu ke Rawlins nak pergi gak? Haha #MudahTerpengaruh sangat seketul Rawlins

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P