Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) Melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor

Assalamualaikum/Hai,  Cadangan sumbangan dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri.  Dalam merealisasikan usaha ini, MBI telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri. Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan anak-anak dan mensasarkan seramai 55,000 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.  ...

JOM REWANG 2018 : KERJA KAHWIN DI PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM

Assalamualaikum/Hai, Bulan Disember memang bulan semua orang bujang pilih tarikh untuk mendirikan rumahtangga. kalau bukan bulan Disember, mesti time cuti sekolah penggal.. memang bizi memasing pergi kenduri kawin makan nasi minyak dan sewaktu dengannya. my collection wedding picture. outdoor photoshoot wedding with my besties. 10 tahun lepas ok! Bukan senang sebenarnya nak buat persiapan untuk mendirikan rumahtangga. semua aspek perlu diberi ketelitian yang tinggi. Semua tu perlukan ilmu. kat mana kita nak cari ilmu untuk merialisasikan semua impian bakal pengantin supaya jadi kenyataan?? tanpa ditipu bulat bulat oleh wedding planner yang konon arif tapi sebaliknya?? kenangan 10 tahun lepas.. aummm!! nahh, kakak nak bagi sedikit ilmu kat adik-adik yang bakal mendirikan masjid bagi tahun 2018 diluar sana. penting ok ilmu untuk membuat persiapan perkahwinan ni.. 10 tahun lepas pon, masa nak kawin, kakak buat research dulu untuk setiap isi dan pelusuk perkara u...

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Assalamualaikum/Hai,  Zaman sekarang ni, shopping online adalah sesuatu perkara yang wajib bagi semua pembeli di seluruh pelusuk dunia. teknologi semua di hujung jari. teringin nak beli itu, klik website- done beli. teringin nak beli ini, google the best price- klik - done beli. tau tau 2-3 bijik parcel dah sampai depan pintu. yang lagi best, kalau kita shopping online, kita dapat free shipping untuk setiap pembelian. bahagia rasanya kan? kan? kan?? Sebagai salah seorang pembeli online tegar, aku nak jawab beberapa soalan tentang shopping online ni sempena blogger contest yang dianjurkan oleh LAZADA ni: a)Adakah anda masih ingat produk pertama yang pernah anda beli dalam talian? Apa itu dan bagaimanakah pengalaman anda?   - Disebabkan terlalu banyak barang yang aku terbeli online, makanya agak pelupa sikit barang pertama yang aku beli. kalau tak salah aku, dulu-dulu waktu diperkenalkan dengan shopping online ni, banyak baju-bajan/jubah/kasut yang sempa...

Jom Bawa Anak-Anak ke Kid's Workshop di DreamWorld Playland

Assalamualaikum/Hai, Cuti Sekolah dah seminggu berlalu. Anak-anak korang cuti sekolah buat apa? melepak saja kah?? atau bergajet 24/7 seharian?? jangan begitu mak mak.. pastikan anak-anak kita penuhi waktu cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat supaya dorang ada cerita yang nak diceritakan kat kawan-kawan bila buka sekolah untuk tahun baru nanti.. Sebenarnya banyak aktiviti yang disediakan untuk anak-anak kita sempena cuti sekolah ni. Pilih saja yang berkenan di hati. Salah satu daripadanya adalah kid's workshop yang dianjurkan di Dreamworld Playland ni. Dreamworld playland ni ada 2 cawangan iaitu di ioi city mall, putrajaya dan di Starling, Damansara. Kedua-duanya ada aktiviti yang menarik untuk anak-anak kita tau sepanjang cuti sekolah ni. meh saya terangkan apa aktiviti yang ditawarkan di kedua-dua cawangan Dreamworld Playland. Dreamworld Playland, The Starling Mall Damansara. Saya berkesempatan hadir ke Dreamworld Playland The Starling ...

JOM SERTAI HAPPY CAMP OLEH CHICHI & CHACHA

Assalamualaikum/Hai,  Mencari aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak semasa cuti sekolah kini semakin mencabar. Dengan kewujudan teknologi seperti telefon pintar dan tablet, kini kanak-kanak lebih gemar menghabiskan masa bermain permainan atas talian berbanding melakukan aktiviti fizikal. Atas sebab inilah, Chichi & Chacha mahu mengajak kanak-kanak dan ibu-bapa yang prihatin untuk menyertai #CCHappyCamp yang dianjurkan khas untuk kanak-kanak berusia dari 4 hingga 8 tahun. Chichi & Chacha adalah rancangan edutainment kanak-kanak yang memfokuskan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Chichi & Chacha yang diilhamkan oleh E2L Sdn Bhd, mahu kanak-kanak mengenali potensi diri mereka. #CCHappyCamp mempunyai tiga aktiviti menarik yang dapat membantu dan meningkat kebolehan kanak-kanak. Aktiviti pertama yang akan diadakan di #CCHappyCamp adalah seni dan kraf yang dikenali sebagai ‘Jr. Art’ yang membantu kanak-kanak mengekspresikan kreativiti dalam diri mereka...