Skip to main content

LINDUNGI ANAK KITA DARI HFMD DAN FLU DENGAN THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY

Assalamualaikum/Hai, 

Zaman sekarang ni macam-macam penyakit yang pelik- pelik yang kita selalu dengar. paling simple, bila anak-anak mula dapat selsema. memang lamaaaa nak baik. Sebagai ibu bapa yang prihatin dengan tahap kesihatan anak anak yang semakin membimbangkan, kita perlu mencari solusi atau alternatif lain yang boleh membantu mereka untuk lebih cergas dan sihat untuk menjalankan aktiviti seharian sama ada di tadika atau di sekolah.

Kebiasaannya, penyakit yang sering sangat berlaku di kalangan anak-anak bila ditempatkan di Taska/Tadika adalah selsema yang berulang dan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD). Pengalaman sendiri bila ada kanak-kanak yang lain yang dijangkiti penyakit berjangkit terutamanya HFMD ni, hati rasa tak senang duduk. walaupun kanak-kanak yang dijangkiti itu telah dikuarantin di rumah, adakah kita pasti bahawasanya kuman-kuman yang tertinggal di taska/tadika/sekolah sudah tiada atau masih aktif dan bakal menyerang kanak-kanak lain termasuklah anak saya?


jadi, untuk menghilangkan kegusaran setiap mak-mak macam saya,  saya dengan bangganya nak memperkenalkan sesuatu yang sangat bagus untuk perlindungan anak-anak kita iaitu spray Thymos Anti HFMD/FLU.


APA ITU THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY.



THYMOS ANTI HFMD/FLU Spray adalah sejenis semburan disinfektan yang berkuasa tingg, tiada alkohol, tiada bahan kimia toksin, tiada steroid ataupun wangi-wangian. Hanya dengan 1 kali semburan keupayaan perlindungannya akan berkekalan sehingga 10 hari. Walupun sanitiser lain mengurangkan bakteria buat sementara waktu, Thymos terbukti secara klinikal untuk membunuh virus-virus yang paling kecil dan paling merbahayakan dalam dunia ini, dan juga meningkatkan antibodi pengguna. Anti HFMD/FLU Spray ini adalah salah satu jalan penyelesaian yang memberikan perlindungan dalam jangka masa panjang.

THYMOS Anti HFMD/Fle Spray memang membantu mak-mak menyediakan pertahanan menyeluruh untuk anak mereka dengan menghapuskan hampir 99.99% penyakit/ virus yang berjangkit sebelum ia berpeluang menyerang.


Semburan ini adalah penyelesaian cepat dan tahan lama untuk permukaan yang tidak bersih. Itulah sebahagian daripada apa yang menjadikannya sesuai dan selari dengan zaman moden kita sekarang ini. Didatangkan dalam botol yang kecil dan boleh disesuaikan dengan mudah di dalam beg kita atau di dalam laci meja. pendek kata, tak risau dah kalau kita nak ke tempat public dalam jangka masa yang lama.

REVOLUTIONARY AIRSHIELD TECHNOLOGY


Kelebihan menggunakan Revolutionary Airshield Teknologi ini, ia dapat menghasilkan perisai yang kuat dengan melepaskan ion dan Anion yang bermuatan negatif untuk melindungi anda dari hubungan secara langsung dengan patogen berbahaya. Dengan pemisahan zarah mineral yang aktif serendah 100,000x lebih kecil daripada rambut manusia, ia dapat menembusi permukaan mana-mana di bumi dengan berkesan.

Menggunakan mineral berkualiti tinggi terbaik, Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi Mineral Aktif yang akan dicetuskan secara automatik dan diaktifkan untuk melindungi apabila ia bersentuhan dengan udara dan cahaya. Zarah mineral diaktifkan menghasilkan elektron bacteriostatic yang menghancurkan patogen, dan pertumbuhan atau pendaraban pathognes

Artis Antarabangsa, Amber Chia pon menggunakan Thymos Anti HFMD/Flu Spray untuk melindungi anak beliau.

BAGAIMANA THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY BERFUNGSI.



1. Semburkan 3 - 4  pump pada objek & gosok lembut secara merata dengan kain untuk perlindungan dari serangan virus selama 10 hari

2. Pakai ia seperti perfume untuk meningkatkan antibodi

3. Menghapuskan bau hamis & menjadikan pernafasan lebih baik

Sembur setiap hari untuk meningkatkan imuniti. Sekarang, hati dah tak terlalu risau dah bila ada Thymos Anti HFMD/Flu spray di sisi. 


Berikan anak anda perlindungan terbaik. THYMOS Anti HFMD / FLU Spray memberikan perlindungan muktamad terhadap patogen selama 10 hari, berfungsi seperti perisai untuk melindungi  anak-anak kita.

Harga Asal : RM75.00
Harga Pengenalan di Guardian : RM69.90

Ye betul kat guardian tengah murah tu. silalah beli. Produk yang wajib untuk setiap ibu bapa yang prihatin di luar sana. Untuk maklumat lanjut atau pembelian, boleh rujuk maklumat di bawah :

Website : https://www.thymosglobal.com/hfmdspray
Facebook : https://www.facebook.com/thymos.uk/

Mak Prihatin, Anak Selamat.

 -MrsPuex-

Comments

Hans Hanis said…
bagus lah produk nih

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P