Assalamualaikum/Hai,




Zaman kanak-kanak adalah zaman paling menyeronokkan kerana ketika itulah mereka berpeluang menjadi diri sendiri dan menyerlahkan potensi masing-masing. Setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan tersendiri dan harus diberi peluang untuk menonjolkan hak dan bakat masing-masing. Mac ini, ‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’ yang berlangsung dari 17 Mac hingga 8 April 2018 akan meraikan hak kanak-kanak menerusi muzik, lakonan, peragaan dan juga penggunaan teknologi.





Hak-hak kanak-kanak disokong sepenuhnya oleh para RightZKeepers dari KidZania Kuala Lumpur iaitu Urbano (Hak untuk Belajar), Beebop (Hak untuk Mencipta), Chika (Hak untuk Berkongsi), Vita (Hak untuk Beramal), dan Bache (Hak untuk Bermain).


“Seni pentas adalah cara terbaik untuk mengetengahkan hak kanak-kanak,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur. Menerusi program ‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak melalui pendekatan-pendekatan menarik yang membolehkan mereka mencipta, bermain, menambah pengetahuan, membuat kebajikan dan berkongsi! Selain itu, seni juga adalah cara terbaik untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Kami percaya kemahiran-kemahiran ini akan banyak membantu mereka dewasa kelak. Ini bertepatan dengan falsafah kami untuk ‘Learn Life Today’.”

Aktiviti-Aktiviti ‘Be A Star at KidZania Kuala Lumpur’:
   Hak untuk Belajar dan Mencipta:  Sesi Pengajaran The YouTuber akan mengajar mereka cara untuk menghasilkan video YouTube, penggunaan media sosial, pengendalian kamera, pencahayaan yang betul, dan penghasilan isi kandungan menarik tentang hak-hak kanak-kanak. 
  Hak untuk Beramal dan Berkongsi: Bengkel Lakonan & Uji Bakat akan memberikan mereka peluang untuk merasai pengalaman sebenar Beramal dan Berkongsi melalui kerja-kerja kebajikan seperti melindungi alam sekitar, haiwan atau kerja-kerja amal lain.
   Hak untuk Bermain dan Mencipta: Aktiviti lain yang mempromosi hak-hak ini termasuklah Kelas Alat Instrumen, Peragaan dan Sesi Penggambaran Jenama, dan Kelas DJ.

Jadual Aktiviti Be A Star At Kidzania Kuala Lumpur :

1) Youtuber Lesson - bermula 8 tahun ke atas, 11am-5 pm di Notebook Factory (20 minit)
2) DJ Lesson - bermula 8 tahun ke atas, 11am - 5pm di Main Square (20 minit)
3)Percussion Class - Bermula 4 tahun ke atas, 11am-5pm di TV Studio (20 minit)
4)Brand Modelling & Photoshoot - bermula 4 tahun ke atas, 11am-5pm di Canon Imaging Studio (30 minit)
5)DJ Appearance - weekend, 3-4pm
6)Acting & Casting Call Workshop - bermula 4 tahun ke atas, Weekend 2.30-3.30pm di TV Studio(30 minit)

Lain-lain aktiviti artistik :

Terdapat juga aktiviti artistik untuk anak-anak. mereka boleh mengasah bakat di beberapa lokasi di Kidzania seperti courthouse, radio station, KZ express, Stabilo, Brother, KZ Post, Umobile, Jewellery and face painting, City Parade and City Clock Tower.

Light, Camera, Action !

‘Be A Star at KidZania Kuala Lumpur’ dengan bangganya disokong oleh Canon, Fly Fm, Hot FM, Petit Moi, U Mobile, Zana Entertainment dan MYBeat Drum Circles.

Setelah mempelajari kemahiran baharu, kanak-kanak boleh menyertai Pertandingan Pencarian Bakat 'Be A Star' . Mereka hanya perlu menghantar video persembahan mereka melalui emel ke contact@kidzania.com.my atau sertai uji bakat terbuka di ruang acara KidZania Kuala Lumpur di antara 17 hingga 31 Mac 2018! . Dua puluh peserta akhir akan bertanding dalam Pusingan Akhir pada 7 April 2018 di hadapan para juri dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai, tiket dan banyak lagi!.


Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari :

website : www.kidzania.com.my 
hotline : 1300 88 KIDZ (5439) bermula pukul 9 pagi hingga 8 malam, Isnin hingga Ahad.

Z-U kids!
tak sabar nak bawak anak-anak ke Kidzania KL .bagi dorang pengalaman menjadi seorang bintang di Kidzania KL!