Shopee Lancarkan Skuad Selebriti Shopee!

Assalamualaikum/Hai,

Seperti yang korang tau, Shopee merupakan platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Baru-baru ini, Shopee telah melancarkan inisiatif terbaharunya, Skuad Selebriti Shopee (Shopee Celebrity Squad)yang membolehkan penggunanya mendapatkan koleksi produk yang dikeluarkan oleh selebriti tempatan kesayangan mereka. Hari ini, dengan kira-kira 10 juta pengguna dan dianggarkan 400,000 usahawan di platform ini, Shopee Malaysia terus kukuh di tangga pertama bagi kategori aplikasi membeli-belah dalam talian di App Store dan Google Play.


“Pengguna kami yang menentukan teras strategi kami dan kami akan terus berusaha mencari alternatif baharu untuk berhubung dengan mereka secara mendalam. Kami tahu, rakyatMalaysia amat meminati selebriti tempatan pilihan mereka dan dengan peningkatan bilangan selebriti yang melancarkan produk masing-masing, kami mendapati permintaan terhadap produk tersebut juga meningkat. Oleh itu, kami melancarkan Skuad Selebrity Shopee, ruangan khas dalam aplikasi yang membariskan pelbagai produk selebriti yang membolehkan pengguna membeli produk keluaran selebriti kegemaran mereka dengan semudah satu klik sahaja! Sejajar dengan pelancaran ini, kami juga menjanjikan pelbagai tawaran eksklusif dan potongan harga istimewa atas semua koleksi selebriti,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee di acara pelancaran tersebut.

Menurut Ho lagi, “Kami berbesar hati untuk mengumumkan enam selebriti terkemuka di Malaysia sebagai pelopor bagi Skuad Selebriti Shopee ini. Sebagai platform e-dagang tanpa komisyen yang menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara, terma dagangan kami yang mudah diperkukuhkan dengan ciri-ciri istimewa, sokongan penuh dan capaian ke seluruh negara yang terdapat pada platform Shopee, membolehkan selebriti mengembangkan perniagaan dalam talian mereka. Pada masa akan datang, kami mensasarkan untuk mengembangkan Skuad Selebriti Shopee dengan memperkenalkan barisan selebriti baharu setiap bulan”.

Jom kita tengok barisan pelopor Skuad Selebriti Shopee:

YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin

Jenama: SIMPLYSITI 

YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di rantau ini. Terkenal dengan jolokan ‘Buah Hati Rakyat Malaysia’,YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah mencipta nama selepas memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa. Minat beliau terhadap bidang kecantikan dan kosmetik telah mendorong beliau untuk menjalankan penyelidikan mendalam untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dan mampu milik yang menepati tuntutan Syariah. “Shopee adalah satu platform dalam talian yang hebat kerana memberi kemudahan kepada kedua-dua pihak; pelanggan dan usahawan. Dengan sokongan sistem pembayaran dan logistik, Shopee menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah, selamat dan cepat,” kata penyanyi nombor 1 negara itu. “Aplikasi ini juga mesra pengguna dan mudah untuk digunakan oleh usahawan dan pelanggan tanpa mengira masa dan tempat. Mudah dan selamat, sama seperti SIMPLYSITI!” SIMPLYSITI merupakan jenama tempatan premium yang berjaya meletakkan diri mereka sebaris dengan jenama antarabangsa dan masih mengekalkan identiti tempatan. Dengan portfolio produk kukuh yang menampilkan produk seperti penjagaan kulit, kosmetik dan minyak wangi, SIMPLYSITI telah berjaya menempa nama dalam pasaran barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG) yang tinggi persaingannya.

Pelakon Popular, Nora Danish 

Jenama: Owl by Nora Danish & OhMostWanted

Ratu Media Sosial Malaysia, Nora Danish adalah selebriti tempatan pertama yang mencatat jumlah pengikut seramai 1 juta orang di platform Instagramnya! Kini dengan lebih daripada 5.3 juta peminat setia, Nora menyelami kemahirannya dalam bidang keusahawanan dengan melancarkan jenama fesyen sendiri, Owl by Nora Danish. “Usahasama kami dengan Shopee adalah sejajar dengan pelan pengembangan kami untuk meneroka lebih banyak saluran pengedaran untuk membolehkan pengguna baharu dan sedia ada mendapatkan jenama kami. Peminat juga pasti teruja dengan pelancaran produk baharu kami tidak lama lagi termasuklah set hadiah istimewa yang dipanggil ‘The Most Wanted Box’ sepanjang bulan Ramadan ini,” kata Nora Danish. “Shopee adalah platform e-dagang yang paling sesuai dengan perniagaan kami yang semakin berkembang dalam hasrat menembusi pasaran Asia Tenggara”. Jenama OhMostWanted pula merupakan jenama baharu bawah kelolaan Owl by Nora Danish yang memfokuskan terhadap produk kecantikan dan kosmetik. Penggemar produk kecantikan pasti teruja dengan pilihan krim bibir, bedak asas, pencuci muka, pencuci solekan dan alat solek. Nora turut melancarkan cenderahati eksklusif seperti kemeja-T, lanyard, pin dan rantai kunci khas untuk peminat-peminatnya.


Pelakon kegemaran ramai, Izara Aishah

Jenama: Madame Izara

Izara Aishah memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan selepas memenangi tempat kedua dalam pertandingan Dewi Remaja. Izara bijak membahagikan masanya sebagai seorang pelajar dalam bidang seni persembahan di samping bergiat aktif dalam bidang lakonan dan peragaan. Jelas, dia serius dengan cita-citanya untuk membina nama dalam persada seni tanah air. “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Shopee sebagai rakan platform dalam talian rasmi yang baharu kami. Kami ingin mengukuhkan jenama ini dah menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian premium yang mudah dan boleh dipercayai,” kata Izara. “Shopee membolehkan kami untuk mendekati pelanggan dari seluruh negara. Kami akan terus bekerjasama erat dengan platform membeli-belah dalam talian pilihan ini untuk membawa produk terbaharu yang pasti mengujakan pelanggan baharu dan sedia ada kami dalam fokus mengembangkan Madame Izara”. Madame Izara menampilkan pilihan set yang mengandungi krim bibir, pensel bibir dan pengasah pensel bibir yang akan melengkapkan koleksi solekan setiap wanita. Produk tersebut dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi yang akan menambah keyakinan si pemakai. Krim bibir Madame Izara mudah disapu ke atas bibir untuk penampilan yang memukau. Formulasinya tahan lama dan boleh membuat bibir kelihatan lebih mungil dan dalam masa yang sama mengelakkan bibir daripada kering dan merekah. 


Finalis Akademi Fantasia Musim Ke-5, Heliza Helmi

Jenama: Heliza Guzel Hive & Nur El Hikmah Shoppe 

Bak kata pepatah Melayu, ‘Kecil-kecil cili padi’, Heliza Helmi adalah seorang personaliti comel yang lantang bersuara. Penyanyi serba boleh ini melancarkan jenama sendiri, Nur El Hikmah Shoppe yang menjual pelbagai jenis buku dan cenderahati dan Heliza Guzel Hive yang memfokuskan pada pakaian wanita Muslim. “Kami memilih Shopee sebagai rakan e-dagang pertama kami kerana kami ingin mempromosikan hijab Heliza Guzel Hive yang dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi yang menepati garis panduan Syariah,” kata Heliza Helmi. “Untuk Hari Raya kami ini, kami melancarkan Koleksi Si Manis Raya untuk peminat-peminat kami yang majoritinya terdiri daripada wanita Muslim berusia antara 17 hingga 40 tahun”. Selepas penampilan pertama Heliza di mata rakyat Malaysia semasa menyertai Akademi Fantasia Musim ke-5, dia turut menyumbangkan masa untuk menjalankan kerja kebajikan termasuklah menziarah ke Palestin dan Syria untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan dalam kalangan rakyat Malaysia.


Bintang drama popular Separuh Jiwaku, Elfira Loy

Jenama: EL by Elfira Loy

Bidang seni hiburan tempatan mula mengenali Elfira Loy sejak dia masih kecil, membuktikan bakatnya dalam bidang peragaan dan lakonan. Kini menginjak usia dewasa, Elfira mengorak langkah lebih jauh dengan menceburi bidang keusahawanan. “Ia bermula dengan impian, dan kini azam yang merealisasikan impian tersebut. Kami melancarkan Koleksi Raya EL by Elfira Loy bagi 2018 secara eksklusif di Shopee yang menampilkan produk berkualiti tinggi yang menggunakan bahan terbaik,” kata Elfira Loy. “Kami berharap, usahasama dengan Shopee ini boleh mengukuhkan kehadiran dalam talian bagi jenama kami dan memasarkan produk kami kepada lebih ramai pengguna yang ingin menyambut lebaran ini dengan memperagakan pakaian rekaan kami”. Koleksi Raya EL by Elfira Loy 2018 ini diinspirasikan oleh keanggunan dan kesopanan wanita Muslim dan dalam masa yang sama menampilkan ciri-ciri kekuatan dan sifat berdikari, sebagaimana Elfira membawa dirinya. Koleksi ini termasuklah pakaian Muslimah yang cantik dan didatangkan dalam warna pastel dan berani yang pasti membuatkan sambutan Hari Raya anda lebih ceria.


Artis serba boleh, Emma Maembong

Jenama: EMBS (Emma Maembong Beauty Secret), MYSKETCHBOOKSHAWL, EMMARTW, SLIMMDOLLZ By Emma Maembong & Janet Nicol Cosmetic by Emma Maembong.

Rakyat Malaysia mula jatuh cinta pandang pertama kepada Emma Maembong menerusi telefilem ‘Kau Yang Terindah’ arahan Erma Fatima. Bersama adik-beradiknya yang lain, Emma mewarnai bidang seni hiburan tempatan dengan pakej wajah yang cantik dan personaliti yang lembut. Kini, Emma berhasrat untuk mendalami bakat seni lukis yang diwarisi daripada bapanya yang juga merupakan seorang karyawan, dengan melancarkan MYSKETCHBOOKSHAWL; koleksi hijab eksklusif yang menampilkan corak yang dilukis sendiri oleh Emma. “Saya teruja dapat bekerja dengan Shopee sebagai rakan e-dagang pertama kami untuk mempromosikan produk kami,” kata pelakon kacukan Melayu-Scotland itu. “Saya berharap dengan melancarkan kedai dalam talian ini, saya boleh mempromosikan produk saya ke seluruh negara dan memberikan alternatif lebih mudah untuk mereka membuat pembelian”. Selain koleksi hijab, kedai rasmi Emma juga akan menjual EMBS (Emma Maembong Beauty Secret) iaitu rangkaian penjagaan kulit; EMMARTW, jenama fesyen untuk gadis muda yang ingin kelihatan bergaya dan feminin; SLIMDOLLZ by Emma Maembong, rangkaian pengawalan berat badan dan Janet Nicol Cosmetic by Emma Maembong dan MyHoneyLips, rangkaian kosmetik.


 Di samping memperkenalkan lebih ramai selebriti untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee pada masa akan datang, pengguna Shopee juga pasti teruja dengan kempen mingguan istimewa Skuad Selebriti yang menampilkan pelbagai tawaran dan aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Kempen mingguan ini akan menampilkan pelancaran eksklusif produk termasuklah koleksi alat solek bertemakan emas keluaran YBhg. Dato’ Siti Nurhaliza, SIMPLYSITI New Gold Edition menggunakan teknologi fokus lembut dan debuan emas yang hanya boleh didapatkan di Shopee. Peminat selebriti ini pasti ternanti-nanti akan siri acara komuniti dan pemberian hadiah yang dianjurkan oleh Shopee seperti sesi temu mesra bersama selebriti dan pertandingan media sosial yang menawarkan hadiah menarik.

Pelancaran Skuad Selebriti Shopee ini merupakan sebahagian daripada pelan pengembangan Shopee bagi tahun 2018 dengan pertumbuhan Shopee dari pelbagai aspek yang mengukuhkan lagi kedudukannya dalam segmen e-dagang. Ini merupakan rentetan daripada permulaan tahun yang kukuh. Shopee berjaya merekodkan nilai dagangan kasar (GMV) di seluruh rantau berjumlah AS$ 1.9 bilion pada suku pertama - tahun ke tahun - peningkatan 199.5% daripada AS$648.3 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2017. Pada masa yang sama, tempahan kasar Shopee dalam tempoh tersebut meningkat sebanyak 217.4% tahun ke tahun dari 35.1 juta dalam suku pertama 2017 pada 111.4 juta.

Kempen Cahaya Raya Shopee juga masih berlangsung. Dari 3 Mei ke 17 Jun, pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM1.5 juta dengan menyertai permainan dalam aplikasi Shopee yang mengujakan. Shopee turut bekerjasama dengan Visa dalam membawakan permainan popular ‘Ketupat Raya’ yang menjanjikan pengguna bertuah pelbagai hadiah termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000; sebuah Honda HRV bernilai RM100,000; sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 serta syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan banyak lagi. Di samping itu, Shopee juga menawarkan syiling Shopee bernilai sehingga 28 juta unit menerusi permainan Duit Goncang yang berlangsung setiap hari dari 17 Mei hingga 8 Jun pada dua waktu yang ditetapkan iaitu 5.00 pagi dan 7.00 malam.

Layari Shopee dari 24 hingga 27 Mei untuk menikmati tawaran terbaik sempena Hari Raya menerusi Jualan Kilat Shocking Sale Berganda (Upsized Shocking Sale) yang dilancarkan sebanyak lima kali sehari dan rebut baucar sepanjang kempen Beat the Clock Shopee. Selain itu, Jualan Lelong Campur-campur (Campur-campur Bundle) membolehkan pengguna memilih sendiri padanan kegemaran mereka daripada menu produk yang sedia ada dan menikmati potongan harga istimewa. Akhir sekali, dapatkan Koleksi Terbaik Cahaya Raya (Best of Cahaya Raya) yang menawarkan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai pilihan produk.

Untuk maklumat lanjut tentang Skuad Selebriti Shopee, layari https://shopee.com.my/m/Shopee-Celebrity-Squad Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Cahaya Raya, layari https://shopee.com.my/m/shopee- cahaya-raya. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

mood tak sabar nak shopping kat SHOPEE! yey!!
 -MrsPuex-

1 Comments

Maria Firdz said…
Fuh. Semua artis yang hebat masuk Shopee .