Skip to main content

Hujan Batu di Puncak Perdana?

Assalamualaikum/Hai,

Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri sendiri.

Ya.
Hujan batu turun depan mata.
Subhanallah Allahu akbar..
Kejadian ahad lepas. 10/3.
Satu bandar puncak perdana di landa hujan batu.
tempat lain aku tak tau ada hujan batu ke tidak.

selepas asar hujan mula turun.
makin lama makin lebat.
angin kuat beserta petir dentum dentam dan ribut.

seriusly, memang kuat sangat sangat angin siap dengan bunyii berdesing..
offkan semua electricity yang berkaitan.
line telco kejap ade kejap lost.
kami semua dlm umah mula rasa takut lain macam.
anak-anak jangan cakaplah. berkepit je dgn mama/papa.
ni kalau rumah atap zing, aku rasa dah melayang layang zing tu kena bawak dek angin.

suami mula risau kereta dia. dh pikir mesti kemek kemek kena bedal dengan ais batu.
kami semua tawakal. berdoa semoga semua selamat dan hujan/ribut/petir berhenti dengan segera.



aku kat dapur nak buat cekodok jagung utk tea time pon macam terbantut.
jenguk tingkap kat dapur, allahu ais batu tap tap tap jatuh atas atap.
rumah aku townhouse tingkat atas. so dapat tgk dengan jelas ais baru jatuh kt atap umah bawah.



dah selesai lebih kurang dalam 1 jam lebih, kaum lelaki semua keluar tengok keadaan kawasan rumah. daun-daun bersepah atas jalan. banyak pokok-pokok tumbang/ terbelah dua mungkin kena panah petir. zing tebing jalan semua sembah ke bumi. banyak laluan nak masuk ke rumah dinaiki air.








Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
semua penduduk bergotong royong mengikut lorong masing-masing bersihkan kawasan perumahan sebaik selepas hujan.


Semoga kami semua sentiasa dilindungi.
Aminnnn..

Update sini simpan untuk kenangan di masa akan datang.


-MrsPuex-

Comments

Bro Framestone said…
Fuuhh teruk juga keadaan lepas hujan tue
ejulz said…
Teruk betul.. semoga dipermudahkan semuanya.
Sii Nurul said…
Allahu, semoga sentiasa d'lindungi Allah. Cuaca skrg tidak menentu. Hati2 ja..

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P