Skip to main content

Buffet Ramadhan Berkonsepkan Selera Warisan 26 Malam di Cafe Seri Selangor, Kelab Golf Seri Selangor

Assalamualaikum/Hai, 


Kelab Golf Seri Selangor (KGSS) meneruskan tradisi kemeriahan Bufet Ramadhan 2022 oleh Cafe Seri Selangor dengan menyediakan lebih daripada 70 juadah berbuka puasa berkonsepkan "Selera Warisan 26 Malam" khas buat pengunjung KGSS.


Cafe Seri Selangor akan turut mengekalkan hidangan tradisi - kambing golek dan sate. Setelah sekian lama berada dalam situasi pendamik, kini peminat setia bufet ramadhan KGSS dapat sekali lagi menikmati suasana bufet ramadhan kali ini. Cafe Seri Selangor juga akan melakukan perubahan pada menu utamanya setiap hari supaya mempunyai lebih variasi.


Selain itu, Cafe Seri Selangor tidak meminggirkan hidangan ala kampung yang sentiasa digermari ramai seperti Gulai Kawah Tulang Kambing, Daging Bakar Masak Lemak Cili Api, Ketam Berlada Ipoh Mari, Rendang Kambing Seri Selango, Ikan Talang Gulai Nenas dan macam-macam lagi.

























Untuk lebih memudahkan pengunjung memilih sendiri menu-menu yang dihajati, boleh refer list menu mengikut tarikh yang telah ditetapkan:

Citarasa Traditional 1 - (5/4,11/4,17/4,23/4,29/4)
nasi putih
nasi hujan panas
ayam ros
daging bakar lemak cili api
sotong goreng kunyit
tofu jepun sos isi ketam
gulai nenas ikan talang masin

Citarasa Traditional 2 - (6/4,12/4,18/4,24/4,30/4)
nasi putih
nasi briyani
rendang kambing seri selangor
ayam beriyani
ikan masam manis
dalca sayur 
sayur goerng campur taukan dan fungus hitam

Citarasa Traditional 3 - (7/4,13/4,19/4,25/4)
nasi putih 
nasi tomato 
ayam kari kapitan
daging masak hitam
udang sambal petai
terung panjang sambal hee bee
teochew tauchu dengan telur masin

Citarasa Traditional 4 - (8/4,14/4,20/4,26/4)
nasi putih
nasi minyak
kambing briyani
ayam masak merah
ketam berlada ipoh mari
sayur goreng campur dengan tofu jepun
kobis goreng mamak

Citarasa Traditional 5 - (9/4,15/4,21/4,27/4)
nasi putih 
nasi jagung
ayam kari hijau thai
daging salai masak lemak pucuk ubi
sotong sambal petai
kailan ikan masin
tofu masak dengan sos mangga thai

Citarasa Traditional 6 - (10/4,16/4,22/4,28/4)
nasi putih
nasi briyani
ayam goreng berempah
redang kambing seri selangor
udang mentega telur masin
nenas masak lemak ikan talang
tauhu masak dengan sos mangga thai

Antara menu pencuci mulut yang disediakan adalah seperti buah kurma (wajib ada) aneka kuih raya, pengat of the day, assorted of custard / fruit jelly, aneka kuih-muih traditional, sagu gula mekala, creme caramel dan assorted cakes. Pelbagai variasi minuman juga disediakan seperti kordial orange, laici, mangga, anggur dan sirap.






Dengan harga yang ditawarkan, hanya RM70.00 bersih untuk dewasa dan RM35.00 bersih untuk kanak-kanak (7-10 tahun). Cafe Seri Selangor menawarkan kepakaran mereka dalam setiap masakan yang bakal disajikan. Sementara itu, kanak-kanak di bawah usia 6 tahun akan dijamu secara percuma. Pengunjung juga boleh mendapatkan promosi pembelian awal dengan harga istimewa RM60 bersih (dewasa) sebelum 3 April 2022. sila layari link https://kgss.onpay.my/order/form/kgss-2022 untuk mendapatkan harga tawaran yang istimewa. tertakluk kepada terma dan syarat.

Bufet Ramadhan KGSS akan dibuka dari jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam setiap hari bermula 5 April 2022 sehingga 30 April 2022. 


Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama keluarga dan rakan-rakan untuk berbuka bersama dengan berlatarkan pemandangan kehijauan padang golf dan struktur KGSS yang sudah ditambahbaik sejak Disember 2021 yang sememangnya menjanjikan pengalaman yang berbeza.


Untuk sebarang pertanyaan boleh rujuk dibawah :

Facebook : 
Instagram : 
No tel : 
03-78061111 atau 010-9213858
alamat : 
Kelab Golf Seri Selangor, Persiaran Damansara Indah, Jalan PJU 3/21, Kota Damansara, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan



 -MrsPuex-

Comments

Popular posts from this blog

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P