Skip to main content

Posts

PELANCARAN PERFUME PAPAHUG & MAMAKISS BY SHIDIESAHAQ

Assalamualaikum/Hai,  PAPAHUG & MAMAKISS BY SHIDIESAHAQ  merupakan produk wangian keluaran bumiputera milik sepenuhnya saudara Shidie Sahaq, usahawan tempatan yang mula manapak sekitar tahun 2014. Wangian by Shidie Sahaq adalah produk sulung syarikat milik beliau, Shidierich Global Enterprise. Wangian PAPAHUG adalah berinspirasikan wangian kaum adam manakala wangian  MAMAKISS adalah berinspirasikan wangian kaum hawa. Kedua-dua wangian ini ada berkualiti EDP iaitu dengan kepekatan sehingga 65%-75% menjadikan perfume inspired ini lebih pekat dari perfume lain yang ada di pasaran. Perfume oil ini diimport dari France, Swiss dan Germany dan kerana itulah kualiti standard nya seperti perfume original yang terdapat di komplex membeli belah. Selain daripada itu, dengan saiz yang comel berisipadu 35ml menjadikan ianya lebih mudah dibawa kemana-mana. Bagi ketahanan wangiannya, purata maklum balas yang diterima daripada pelanggan-pelanggan adalah meleb...

Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih

As-Salam [Tekan Banner Di Atas Untuk Join GA Ini] Giveaway CASH RM1000+ May 201 7 by Emas Putih di sponser oleh  Emas Putih  ,  Jimat Melancong  ,  Miamorzafirah  ,  Saya Iday  ,  Mastura  ,  Ryyhan  ,  Uyul Rosli  ,  Homestay Murah Melaka  ,  Wawa Ashihara  ,  Izzat Nazmi  ,  Maisarah  ,  Iuzira  ,  Alepz  ,  The Ruka  ,  Dayang Deno  ,  Hke Source  ,  Ainy Zain  ,  Shahera Perfume  ,  Jiwarosak  ,  Alepz  ,  DiaHoney  &  Lima Waktu p/s : saya dah join. doakan saya tergolong dalam pemenang tu ya.. aminnn.. tqsm.. korang kalau nak join, boleh klik kat banner tu ok! all the best to all..  -MrsPuex-

13 ANEKA LAKSA DI BUFFET RAMADHAN BEST WESTERN I-CITY SHAH ALAM

Assalamualaikum/Hai,  Ramadhan preview saya kali ini adalah di Best Western i-city , Shah Alam. Dengan bertemankan pemandangan sunset menanti senja di Alfresco area di hotel ini memang tenang sangat tau.. Disamping deretan-deretan menu yang sedia untuk dihidangkan kepada para tetamu. tapii.. jangan risau.. taknak duduk di luar, boleh juga bersantai-santai di dalam yang sejuk berteman aircond. dua-dua anda boleh pilih.. Selain daripada menu BBQ dan satay yang disediakan dibahagian luar (Alfresco area), apa yang paling best bila anda berbuka puasa di  Best Western i-city, Shah Alam adalah anda boleh menikmati 13 aneka jenis laksa yang ada di Malaysia. Biasa kita makan laksa Johor, Penang, Utara, Sarawak je kan? ni first time dapat rasa laksa negeri sembilan, pahang, melaka dan lain lain lagi.. yang keduanya, anda boleh menikmati hidangan raja buah - durian king yang akan dihidangkan setiap hari kepada para pelanggan bermula jam 8.30 malam sehingga bu...

CUTI HARI WESAK

Assalamualaikum/Hai, Semalam cuti hari wesak. dapat lah cuti free satu hari. korang cuti cuti buat ape tuh?? aku dgn jiran2 buat projek sikit pepagi. projek menebang pokok - kaum papa. projek pondok-pondok - kaum mama. ekceli dorang je yang buat projek . aku lepas subuh bummm balik sebab incik suami kata nak bekfest kat mamak je.. bila nak keluar rumah tengok semua semangat menebang pokok depan umah memasing sebab takut pokok tu rebah hempap kete yang parking kiri kanan. kan ke bahaya.. nak tunggu MBSA tah bila..eyh! incik suami pon ape lagi terus la nolong saki baki ape yang dapat ditolong tu. aku? nak masak mmg tak dan lahh.. tengok dorang siap dah dengan menu bekfest masing-masing.. soo aku cukupkan korum tadah perut je instead of nak makan mamak. dah kena racun soh bekfest sama kat pondok..hahaha.. malu la sbb tak donate ape pon tapi ade aku kesahh.. duduk besila dan nommnommnomm.. bawak turun je la kopok/roti yang ade kt umah tu ha,,. tutup balik enjin ker...

RESEPI LAKSA KUAH SARDIN TIN

Assalamualaikum/Hai,  Kagum dengan mak mak yang rajin melaksa ni..  Lagi kagum bila dorang buat sendiri from A to Z.. Rebus ikan, sisihkan tulang, blend plak..and so on so on.. Aku penah gak sekali dua melaksa..tapi renyahh sangat rasa.. Last last tapau je bila rasa nak makan.. Tapi smpai bila nak membelii ye dakk.. Kalau beli dapat makan sekali je tapi kalau buat sendiri boleh repet smpai kauu terdampaarr macam ikan paus depan tivi..hhahahaaa.. Oklah..panjang plak mukadimah..sebenarnya nak share resepi melaksa paling ringkass khas untuk orang pemalas  bizii macam saya..eyhh!! Buat kuah laksa dengan sardin dalam tin. Aku pakai sardin dalam tin je gantikan ikan. 1st time try and not bad. Aku stalk jugak resepi dalam blog lekatlekit.com Bebahan : 1 peket laksa kering. *rebuskan* * tak gemor sgt laksa basah..liat! 2 tin besar sardin tin * amek cap yg paling murah. (asingkan kuah. Ikan diblend atau dilenyekkan smpai lumat) ...

LEBIH OKSIGEN, LEBIH CERIA DENGAN SAFI BALQIS OXYWHITE

Assalamualaikum/Hai,  Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap. Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite. Menurut Pengurus Pemasaran SAFI , Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebaga...

CITARASA THAI & UTARA MALAYSIA DI BUFFET RAMADHAN 2017 LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM

Assalamualaikum/Hai, Warga Shah Alam dan disekitarnya, kalau teringin untuk berbuka puasa dengan citarasa 2 sempadan Thai & Utara Malaysia,boleh masukkan Laman Kayangan yang terletak di Shah Alam dalam list untuk berbuka puasa nanti. Buffet Ramadhan 2017 di Laman Kayangan sekali lagi dianjurkan oleh Segi Seri Group Sdn Bhd untuk memberikan peluang kepada orang ramai untuk berbuka puasa secara beramai-ramai dengan pelbagai sajian makanan yang enak dalam suasana yang selesa dengan harga yang sanga t berpatutan . semasa majlis pelancaran buffet ramadhan di laman kayangan. Turut hadir sama adalah Dato' Fauziah Ahmad Daud. Tahun 2017 ini Laman Kayangan masih lagi dengan pelbagai aneka masakan dan juadah berbuka puasa yang akan dihidangkan secara buffet. Bagi tahun 2017 ini Laman Kayangan membawakan konsep “Citarasa Dua Sempadan Thai & Utara Malaysia” dengan pelbagai pilihan menu makanan dari dua Negara yang boleh dipilih oleh tetamu.  Antara menu makanan...