Skip to main content

Viral Mangga Asamboi

Assalamualaikum..

Kat FB skang ni semua dok shout resepi mangga asamboi ni tapi belom pernah tengok orang selpi sambil makan mangga asamboi ..mungkin sebab muka rasa tak senonoh bila bende masam masuk mulut kot..hehehe... aku agaknye je..

Kebetulan semalam opismate sodokahkan mangga muda kaw kaw kat aku..
Tenung gambar sambil airliur menjejes dah nih..kekekeee.. tu belum buat jeruk lagi ..






















Total ada dalam 6 biji mangga muda..

Maka on the way balik keje terus singgah mymydin kat bukit jelutong untuk beli bebahan nak buat mangga asamboi ni..beli asam boi jek pon..

Sekali kawwww rase??








































Licinnn..ya pe deqqq!!
Fenomena sangat nihh..
Terkulat kulat aku mikio kat mane nak cari asam boi..tak penah terpikir dek akal tetibe asam boi dah sold out..

Last-last cari kat kedai runcit letchu kat area umah aku jekk..
Nasib baik ada..
sepeket rm 0.50.. aku beli 5 peket.. total RM2.50
























Bebahan :
1. mangga muda (any types janji masam)
2. Asam boi (kuantiti mengikut citarasa anda) *aku punye 5 peket
3. gula (sukatan mengikut citarasa kemanisan anda. aku taruk 5 sudu merah nun)
4. Garam secubit untuk tambah lemak masin.
5. Cili Api (4-5 biji ) *Tiada dalam gambar. ini optional. aku tak de list no 5 nih..

Resepi ni aku derhakakan sikit.. tak taruk cili api..
Alasan, untuk kudap kudap bersama anak-anak..
kang letak cili api, aku jek la yang makan.. pastu aku sorang jek la yang memerut ke toilet..
tanak tanak..

Total kos adalah rm 2.50 sahaja. tu pon untuk asamboi..
mangga muda free jek aku buat jeruk, kalau nak beli, bek aku beli mangga manehh.. tak koser nak buat jeruk dengan harga mangga yang mahaii kebeno..heheeee..

Sekarang ni pon ada orang jual. sebekas rm15-rm 20 kot..

Caranya :

Potong mangga seperti di gambar.



Gaulkan semua bebahan sampai sebati.
Siapp!!
Masukkan dalam bekas untuk disejukkan dalam peti ais..
sejuk sejuk makan memang powerrr..
besok pagi dah boleh makan sambil ngadap tivi..
ohsemm!!

terliurr sudahh..
*resepi ni khas untuk menggemar benda benda masam..
yang kurang nak masam tu harap tengok jek la..
hehehee..

**Sape lagi nak sodokahkan mangga muda kat aku?? sila pm..hehehe..**
Selamat mencuba !
Yours Truly ;P

Comments

asam boi dengan mangga tengah popular...
isme_cv said…
haritu carik mangga tak jpe..tu yg buat pakai jambu batu..

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P