Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Review :: Baju Menyusu Trendy di Butik FeedMilk

Assalamualaikum.. Pakaian menyusu muslimah yang cantik, mengikut trend terkini pastinya manjadi idaman kalbu setiap ibu-ibu yang menyusukan badan kepada bayi-bayi yang comel. Susu ibu memang makanan terbaik buat bayi. Almaklum lah, ibu mana yang taknak untuk menyusukan anaknya sendiri kan?   Menyusukan bayi, tidak bermakna ibu-ibu tidak dapat menggayakan baju yg cantik cantik. Berita baik untuk ibu semua, feedmilk ada mengeluarkan pakaian untuk menyusu yg cantik dan yg pastinya trendy untuk korang semua. Jom kita tengok collection dari feedmilk.   Kan saya dah cakap cantikk? Apa lagi korang pergi laa tengok page dorang, mesti lagi banyak design yg memeikat hati korang. Lepas ni korang pun boleh melaram macam anak dara. Hahahaaha.. Kalau dah ada baju menyusu TRENDY daripada Feedmilk ni, tapi penghasilan susu badan kurang, susu DROP, susu badan sikit boleh ikhtiarkan dengan 1 produk Feedmilk, iaitu #Feedmilkbooster : Habbasyi Oil. Habbasyi Oil ini a...

Resepi :: Laksa Penang

1st time nak buat laksa penang ni.. Umur dah nak masuk dabel three baru hegeh nak try..upernye senang je membuatnye..cewahhh..berlagak pulak ngkoo.. Nah saya sharekan resepi dan hasil secara bergamba untuk tatapan tekak uols.. Resepi khas dari hakak opis..kite kopipeskan je ye.. LAKSA PENANG  1 kilo ikan kembung (7ekor) 8 tangkai cili kering 4 tangkai cili padi *optional..sy x masukkan* 10 ulas bawang merah atau (4 biji bawang besar) 6 keping asam keping(ikut suka masam. 2 kuntum bunga kantan Daun kesum Garam ikut rasa Serbuk perasa jika suka .Belacan sebesar ibu jari *optional.saya tak masukkan* 1 peket laksa Bhn hiasan ikut suka sendiri CARA BUAT KUAH LAKSA Rebus ikan kembung hingga mendidih Asingkan air rebusan dan ikan Masukkan air rebusan ikan dlm periuk besar lain.masukkan asam keping, daun kesum,bunga kantan..rebus pelahan2 atas api Blend cili kering, cili padi belacan dan bawang sampai halus dan masukkan ke dlm periuk besar tadi.. Isi ikan dipe...

Jodoh kita setakat ini saja

Assalamualaikum.. Tak ku sangkaa.. Jodoh kita hanya bertahan selama hampir 8 tahun saja.. And u will be missed..sob sob sobb.. Apee??? Apeee??? Tengok tu negative thinkingg.. Noo nooo nooo.. Jodoh bersama my luvly purselaa.. Hadiah hantaran perkahwinan.. Dah usang sangat smpai logo pon dah tercabut.. Purse paling lama pkai sepanjang aku hidup..hahaa...pecah rekod.. Nak buang ke tak? Sayang pulak nak buang.. Ke nak simpan jd tukun?? Arghhhh pening.. Sebagai pengganti.. Hai Alfio Raldo.. Pliss be nice to mommaa ok.. gift masa gi event aritu.. Dapat plak color purple.. Vavavaa.. Heksitedd sgtt tauu.. Tau tau jee nak jadi pengganti kepada carlorino tu...hehe.. -mrspuex-

Lunch di Twenty & Co

Assalamualaikum.. Hari ni saje nak ber 'ME' time. Lokasi pilihan adalah Twenty & Co. Saje melayan kesentapan hati sebab incik suami hari ni kene gi langkawi sampai hari ahad. Aku yang beriya nak pegi sangat sangat sangat tetibe die gi dulu..deerrrr sgt.. walaupun kene keje kat sana tapi tak kira tetap nak sentap sentap makan dalam..hohh!!! Opis die memang kejam! *amarah* Tarik napas, marilah kite cerita pasal Twenty & Co yee. Saje pilih cafe ni sebab baru bukak kat shah alam. Dekat dengan opis jugak. Tak silap aku, dorang ada buat soft launch aritu. ada jugak jemput blogger utk food review.. Dah kenapa buat cafe highclass berdekatan dengan opis rakyat marhein ni haa?? Ajak Partner in crime secara paksa rela makan kat sini..kah kah kahh.. nasib baik sanggup melayan..     Menu yang ada. mostly semua western food. sesape yang menggemari western food silalah datang sini. page belakang. mee goreng mamak dan laksa joho...

Sakura Candy Beucure : Nak Kulit Merah Jambu Seperti Gadis Jepun??

Assalamualaikum..   Sakura Candy. Nama candy pon anda dah boleh membayangkan yang anda sedang kemam gula gula yang sedap dan larut dalam mulut.Tiba tiba selepas seminggu kulit jadi cerah,awet muda,lebih gebu.Untuk ibu lepas bersalin pulak susu melimpah ruah.Tak ke seronok sampai rasa nak lompat???   Haa!!itulah mukadimah Beucure sakura candy.Banyak lagi manfaat/kelebihan/fungsi sakura candy ni tau. Kan dah cakap banyak gilos fungsi dan kelebihan serta manfaat sakura candy ni.Dari kulit lembap sampai la akar rambut jadi kuat.   Dengan setiap Kotak Beucure Sakura Candy, mampu memberikan  ✔ Cerah Merah Jambu muka & seluruh badan  ✔ Tegang serta gebukan kulit wajah  ✔Anti penuaan ✔ Mencegah serta menghilangkan jerawat  ✔ Membaiki strukur kulit ( hilang parut )  ✔ Menambah tenaga ( mudah bangun pagi )  ✔ Melambatkan proses penuaan dan proses monopaus Antara 3 khasiat dan manfaat uta...

Pulang kepada PenciptaNya

Assalamualaikum.. Semalam post entry INI untuk doakan kesejahteraan pakcik saman. Semalam juga beliau telah kembali kepada PenciptaNya.. It was soo sudden.. Pagi tadi sempat melawat arwah untuk kali terakhir. Semoga ahli keluarganya sabar dan tabah menghadapi saat saat kehilangan orang yang tersayang.. Semoga arwah tenang di sisiNya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. -Al-Fatihah- -mrspuex-

Pray for pakcik saman

Assalamualaikum.. Hari ni mintak off 3 jam utk melawat jiran yang sedang kritikal di hospital tentera tengku mizan kat wangsa maju sana.. Ayah ain kepada besfren adik sejak zaman hingusan dulu.. Rapat sangat..dats y hati meronta nak gi ziarah pakcik saman due to his condition.. Mengikut cerita kak long, ayah ada tumor dalam perut..lepas buat operation trus bp drop dan makin drop..mungkin ada sedikit komplikasi..wallahualam.. Kawan-kawan, tolong doakan pakcik saman pulih seperti sedia kala.. To his family members, plis be strong, keep on praying..semoga pakcik saman kuat hadapi dugaan dari Allah.. Strictly only for army Staff.. Tiada warga lain selain tentera, pesara tentera dan ahli keluarga tentera.. Selesa dan tidak crowded.. Lepas melawat, lunch kt cafe hospital bersama mak abah dan adik hanya telan ailio sebab puasa...heheee.. Aku n adik nak gi melawat trus abah nak folo..maka jomm la sekali.. Sedap pulak laksa hospital ni.. Kecek mak punye..hihiii..

Nelopak bersama geng opis

Assalamualaikum..   Tepat jam 1 petang adalah untuk lunch time.. tapi tepat jam 1 tetibe kami jadi gile selpiaq.. hahahaaa..   layankan jek la yee.. masa sengal sudah tibee!!   tak de keje, mari kite mengerjakan kemera pandang depan..   bahahahaha...   aksi sopan muslimah hijabeyy kengkonon.. grey, red , dark grey more to hitam..   senget sudah! kengkonon nak jadi arabic hijabey style.. hakak korang dah mula ngek..   tiang mula senget..   ehemm. ehemm..     last but not least.. hambekk kooo!!!   kah kah kahh...   ok dah..   ok bai..     -mrspuex-

Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare

Assalamualaikum.. Alhamdulillah blog mrspuex berjaya terpilih dalam senarai 50 blogger untuk mencuba sendiri produk Whitening Intensive Booster Skincare  keluaran My Beauty Herbs melalui contest giveaway dari blog mialiana.com . Tempoh jangkamasa yang diberi adalah selama sebulan. Berhasil ke tidak, lets check it out! Pakej produk mengandungi : MBH Whitening Booster Soap MBH Whitening Booster Day Cream MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream harga di pasaran adalah RM 69.90 (WM) | RM 79.00 (EM) MBH Whitening Booster Soap Cara Penggunaan : Basahkan muka,campurkan pembersih dengan air sehingga berbuih,kemudian basuh muka dan leher secara urutan putaran dari bawah ke atas. bilas muka sehingga bersih dengan air.disyorkan 2 kali sehari pagi dan malam. Kesan penggunaan yang dialami sendirian berhad :   -Membekalkan mineral, nutrisi dan asid amino. -Berfungsi sebagai anti penuaan. -Pembaharuan sel kulit baru dalam 1 mingg...

Resepi : Sotong Masak Kicap Berempah

Assalamualaikum.. Resepi asal adalah sotong masak kicap yang biasa biasa.. Tp telah ku enhancekan menjadi resepi luar biasa..hahaha.. Maka terhasillah resepi sotong masak kicap berempah.. Wajib diblogkan. Nanti kelupaan daya ingatan.. Bahan A: Sotong kecil secukupnya.Bersihkan bahagian dalamnya. Sos tiram secukupnya Kicap masin secukupnya Kicam manis secukupnya Serbuk lada hitam secukupnya Serbuk kunyit secukupnya (Secukupnya refer kepada kuantiti sotong korang ye) Bahan B : 3 sudu minyak masak 1 tangkai daun kari 1 kiub ayam (Diblendkan) 1 labu bawang besar 4 ulas bawang kecil 1 inci halia 2 batang serai Bahan C : (Untuk hiasan) 2 biji cili merah dipotong 3 2 biji cili hijau dipotong 3 4 helai daun bawang dipotong sebesar 1 inci.. 1 biji tomato Cara-cara : Satukan Bahan A sehingga sotong sebati dan diperapkan bersama selama 5 minit.. Ketepikan. Panaskan kuali bersama 3 sudu minyak masak. Tumiskan bahan yang diblend bersama kiub ayam dan daun kari. tumis sehingga kekuningan dan gar...

Good Luck Kakak And The Team!

 Assalamualaikum..   Hari ni aireen ada sukaneka kat sekolah skttdijaya.. Kebiasaan sekolah petang, tetibe hari ni kene sekolah pagi.. terkujat mama! Sesudah subuh dah keluar rumah semata kene hantar kakak ke sekolah. tapi tetaplah jemm nyee ponnn lahaii!!..stressss makk!!   Kalut jugak siapkan bekal roti sapu jem stroberi + air sirap (wajib). bagi air kosong nanti die tuka sendiri kt kantin..bagusss sangat kakak ni.. Macam ni kot perasaan mak mak yang anaknye pegi sekolah subuh sepi'e kan..     Sempat snap banner tepi sekolah.. Acara tahun 1 cuma sukaneka sahaja..   Muka eksaited nak bersukaneka..   Jumpe geng. Nur Aireen Qaisara + Nur Aina Qaisara.. hahahaa... terus minta masukkan tudung ke dalam baju..nak sama sama ngn kawan die.. pengaruh rakan sebaya memang menebal sungguh!..   Rasa macam nak stay tengok kakak bersukaneka.. tapii kene halau ngn kakak.. siap cakap : 'mama pegi la k...