Assalamualaikum..
Diri ini teringin sangat nak feeling feeling dress
up seperti muslimah remaja, maka langkah paling bijak adalah dengan mengenakan
pemakaian fesyen terkini remaja bertudung. jom kite intai intai ..
Zaman sekarang, kita dapat lihat pelbagai fesyen muslimah terutama sekali fesyen terkini remaja bertudung yang
trendi dan modern sering digayakan oleh golongan remaja di sekeliling kita. Ada
yang sesuai dipakai, dan ada pula serba tidak kena. Tentu sekali, para
selebriti memainkan peranan yang penting dalam industri fesyen tanah air dan
mereka sering menjadi ikutan netizan dalam soal bergaya. Salah seorang
selebriti tanah air yang sering menjadi perhatian ramai siapa lagi kalau bukan
si cantik manis Elfira Loy. Elfira yang kini tampil manis bertudung ini sering
memuat naik gambar-gambar #OOTD beliau di laman social Instagram untuk dikongsi
bersama para peminat.
Jom tengok beberapa fesyen terkini dan santai oleh Elfira Loy yang
sesuai dikaitkan dengan topik kita iaitu fesyen remaja bertudung;
Padanan palazzo pants bermotif bunga
dengan blouse berwarna putih merupakan kombinasi yang cukup ceria. Ditambah
pula dengan pemakaian shawl berwarna ungu menyerlahkan lagi
keremajaan Elfira.
Tidak dinafikan bahawa Jeans
merupakan seluar yang paling praktikal dan sesuai dipadankan dengan apa jua
pakaian. Elfira tampak simple dengan padanan jeans dan t-shirt.
Dan yang terakhir adalah dengan
pemakaian maxi dress dengan bermotif bunga seperti berikut. Ia memberikan
penampilan yang cukup ‘sweet’ dan ‘feminine’. Selain itu, potongan dress yang
loose ini juga menjadikan si pemakai kekal sopan dan sesuai dengan imej
bertudung
So, walaupun bertudung, remaja boleh mempelbagaikan cara pemakaian seiring dengan citarasa trend terkini. Tak salah mencuba tapi jangan terlalu over penampilan. Buruk padahnya.
-MrsPuex-
3 Comments
Salam ukhwah dihulurkan.. Saya suka style remaja muslimah sekarang.. Nampak lebih sopan dan lebih bijak menyuaipadan pakaian, mix & match gitu.. Cantik! ;-)