Trend : Fesyen Terkini Remaja Bertudung


Assalamualaikum..


Diri ini teringin sangat nak feeling feeling dress up seperti muslimah remaja, maka langkah paling bijak adalah dengan mengenakan pemakaian fesyen terkini remaja bertudung. jom kite intai intai ..



 Zaman sekarang,  kita dapat lihat pelbagai fesyen muslimah terutama sekali fesyen terkini remaja bertudung yang trendi dan modern sering digayakan oleh golongan remaja di sekeliling kita. Ada yang sesuai dipakai, dan ada pula serba tidak kena. Tentu sekali, para selebriti memainkan peranan yang penting dalam industri fesyen tanah air dan mereka sering menjadi ikutan netizan dalam soal bergaya. Salah seorang selebriti tanah air yang sering menjadi perhatian ramai siapa lagi kalau bukan si cantik manis Elfira Loy. Elfira yang kini tampil manis bertudung ini sering memuat naik gambar-gambar #OOTD beliau di laman social Instagram untuk dikongsi bersama para peminat.

Jom tengok beberapa fesyen terkini  dan santai oleh Elfira Loy yang sesuai dikaitkan dengan topik kita iaitu fesyen remaja bertudung;


Padanan palazzo pants bermotif bunga dengan blouse berwarna putih merupakan kombinasi yang cukup ceria. Ditambah pula dengan pemakaian shawl berwarna ungu menyerlahkan lagi keremajaan Elfira. 



Tidak dinafikan bahawa Jeans merupakan seluar yang paling praktikal dan sesuai dipadankan dengan apa jua pakaian. Elfira tampak simple dengan padanan jeans dan t-shirt. 



Dan yang terakhir adalah dengan pemakaian maxi dress dengan bermotif bunga seperti berikut. Ia memberikan penampilan yang cukup ‘sweet’ dan ‘feminine’. Selain itu, potongan dress yang loose ini juga menjadikan si pemakai kekal sopan dan sesuai dengan imej bertudung 

So, walaupun bertudung, remaja boleh mempelbagaikan cara pemakaian seiring dengan citarasa trend terkini. Tak salah mencuba tapi jangan terlalu over penampilan. Buruk padahnya.


-MrsPuex-

3 Comments

I am LZ said…
Assalamualaikum Mrs Puex,

Salam ukhwah dihulurkan.. Saya suka style remaja muslimah sekarang.. Nampak lebih sopan dan lebih bijak menyuaipadan pakaian, mix & match gitu.. Cantik! ;-)
HeNRieTTa JoSe said…
mmg manis kan...orgnya pown sudah sememanngnya manis....
Ana Jingga said…
cantik elfira, kak ana follow sini :)