Skip to main content

Posts

Jom Bawa Anak-Anak ke Kid's Workshop di DreamWorld Playland

Assalamualaikum/Hai, Cuti Sekolah dah seminggu berlalu. Anak-anak korang cuti sekolah buat apa? melepak saja kah?? atau bergajet 24/7 seharian?? jangan begitu mak mak.. pastikan anak-anak kita penuhi waktu cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat supaya dorang ada cerita yang nak diceritakan kat kawan-kawan bila buka sekolah untuk tahun baru nanti.. Sebenarnya banyak aktiviti yang disediakan untuk anak-anak kita sempena cuti sekolah ni. Pilih saja yang berkenan di hati. Salah satu daripadanya adalah kid's workshop yang dianjurkan di Dreamworld Playland ni. Dreamworld playland ni ada 2 cawangan iaitu di ioi city mall, putrajaya dan di Starling, Damansara. Kedua-duanya ada aktiviti yang menarik untuk anak-anak kita tau sepanjang cuti sekolah ni. meh saya terangkan apa aktiviti yang ditawarkan di kedua-dua cawangan Dreamworld Playland. Dreamworld Playland, The Starling Mall Damansara. Saya berkesempatan hadir ke Dreamworld Playland The Starling ...

JOM SERTAI HAPPY CAMP OLEH CHICHI & CHACHA

Assalamualaikum/Hai,  Mencari aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak semasa cuti sekolah kini semakin mencabar. Dengan kewujudan teknologi seperti telefon pintar dan tablet, kini kanak-kanak lebih gemar menghabiskan masa bermain permainan atas talian berbanding melakukan aktiviti fizikal. Atas sebab inilah, Chichi & Chacha mahu mengajak kanak-kanak dan ibu-bapa yang prihatin untuk menyertai #CCHappyCamp yang dianjurkan khas untuk kanak-kanak berusia dari 4 hingga 8 tahun. Chichi & Chacha adalah rancangan edutainment kanak-kanak yang memfokuskan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Chichi & Chacha yang diilhamkan oleh E2L Sdn Bhd, mahu kanak-kanak mengenali potensi diri mereka. #CCHappyCamp mempunyai tiga aktiviti menarik yang dapat membantu dan meningkat kebolehan kanak-kanak. Aktiviti pertama yang akan diadakan di #CCHappyCamp adalah seni dan kraf yang dikenali sebagai ‘Jr. Art’ yang membantu kanak-kanak mengekspresikan kreativiti dalam diri mereka...

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

Assalamualaikum/Hai, [  Untuk join CONTEST ini Dan Menang Wang Tunai RM1100 by PH x Emas Putih Sila Klik  ] Prof Hariz Internet Marketing Malaysia Ridhauddin Hariz   ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan.  Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu P H ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian meng...

Happy Birthday ABAH

Assalamualaikum/Hai, - LATE POST - better late than never. gituuuu... entry kali ni aku nak buat santai-santai je.. penatkan asik baca pasal reviewww je.. nak buat cemane korang, rezeki terpijak dalam blog.. ada rezeki dapat RM, ade rezeki dapat voucher, ada jugak rezeki dapat product reivew dan paling best aku rasa, rezeki dapat penginapan percuma bersama keluarga. semua di tanggung dari A to Z.. bestttt weii.. ni rezeki masing-masing.. jangan dengki, jangan bizi body.. yang penting aku nak gandakan usaha kat sumber pendapatan yang satu ni.. insya allah .. doakan aku ye korang. aku pon doakan korang sentiasa berada dibawah lindunganNya.. aminnnn.. oklah..panjang pulak mukadimahnya.. nak cerita pasal besday abah tapi dah melalut ke lain plak.. sesekali kalau diberi peluang nak bukak cerita, sampai tak cukup jari jemari nak tekan keyboard ni tau.. aku pon tak pahamm.. lagi satu, kalau dapat idea nak borak (type je kot) memang tak toleh kiri kanan dah aku ni.. tengok tu.. t...

KIDZANIA KUALA LUMPUR ‘KIDZ VS FOOD 2.0’: SAJIKAN HIDANGAN ENAK UNTUK IBU BAPA PADA CUTI SEKOLAH INI!

Assalamualaikum/Hai,  Program kegemaran ramai,  ‘KidZ vs Food’ kini kembali di KidZania Kuala Lumpur (KidZania) dari 25 November hingga 31 Disember dengan lebih banyak aktiviti memasak menarik sepanjang cuti sekolah ini! Melalui penganjuran kali kedua ini, KidZania berhasrat untuk menanam minat memasak di kalangan kanak-kanak sebagai satu kemahiran hidup asas, dan memberi mereka inspirasi untuk menyajikan hidangan mereka kepada ibu bapa. “Kali ini, terdapat beberapa kelainan dalam ‘KidZ vs Food 2.0’ – kanak-kanak bukan sekadar akan mempelajari cara memasak hidangan ringkas, malah mereka akan turut menyediakan hidangan untuk ibu bapa mereka . Menerusi aktiviti ini, mereka akan memahami bahawa setiap makanan yang dihidangkan sebenarnya memerlukan usaha yang gigih untuk memastikan ia dapat disajikan dengan sempurna,” k ata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur. “‘KidZ vs Food 2.0’ diperkenalkan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mer...

Alami Sendiri Kelazatan Chicken Fiesta Di Restoran A&W

Assalamualaikum/Hai,  Saya adalah penggemar ayam goreng dan saya akan cuba semua ayam goreng yang ada di fast food restoran di Malaysia.. Baru-baru ini, saya dan keluarga sempat hadir ke A&W Batu Road, KL iaitu A&W yang tertua di Malaysia sempena Promosi Chicken Fiesta. Biasa kalau kita dengar je A&W,  kita terus ingat kat RB Float (dulu Root Beer Float), Beef Coney (dulu Coney Dog) dan wafflenya. sekarang, kalau korang berkesempatan, apa kata korang cuba pula ayam goreng di A&W. Bermula dari 7 November 2017 , buat julung kalinya A&W malaysia akan mengadakan promosi Chicken Fiesta bagi memperkenalkan semula ayam gorengnya secara besar-besaran. Sempena Chicken Fiesta ini, Golden Aroma Chicken (GAC) dan Spicy Aroma Chicken (SAC) akan dihidangkan bersama RB Float dalam kombo dua ketul ayam, enam ketul ayam dan juga sembilan ketul ayam bermula dengan harga RM15.45 sahaja. Ayam yang segar dan fresh digoreng garing kekuningan keemasan ber...